Thursday, November 12, 2015

Tamadun Sungai Batu

Usia  lebih 2500 tahun (500 tahun sebelum Masihi)
Tamadun  Kedah Tua
Ekskavasi  Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia
Teknologi  Peleburan besi dan Pembinaan dari tanah liat
Bahan  Tanah Liat dan Besi
Produk Relau, tuyere dan acuan peleburan besi, bata, atap genting, tiang, tapak tiang, jalan, jeti pelabuhan, jongkong besi, senjata
Tapak 46 tapak arkeologi, 17 peleburan besi, 10 tapak jeti pelabuhan, 13 bangunan sokongan pentadbiran, kilang peleburan besi dalam kedudukan terancang.
Kesimpulan Sungai Batu bukan sahaja kota industri besi bertaraf dunia malahan bandar pelabuhan antarabangsa dan pusat pentadbiran terulung kerajaan Kedah Tua.




Tapak ritual yang dijumpai. Bulatan di atas kotak adalah dibuat pada kurun ke 5/ 7 masehi iaitu pada masa kedatangan agama Hindu-Buddha sedangkan monumen asal ini dibina pada tahun 110 masehi

Relau peleburan besi berusia 4 masehi hingga 13 masehi

Tapak Jeti

Jongkong besi sedia untuk dieksport
 Jika melawat ke TapakB di Sungai Batu terdapat beratus ribu tuyere di stor tuyere di mana tuyere dilonggokkan untuk digunakan dalam peleburan yang berskala besar. Tuyere-tuyere ini bersaiz 8 inci dan standard. Jika beratus ribu batang tuyere yang dikeluarkan adalah sama saiz bermakna wujudnya kilang pembuatan tuyere