Tuesday, August 02, 2016

Khazanah Melaka Yang Tenggelam Bersama Flor De La Mar

Kapal Portugis Flor De La Mar
Menurut laman web British (http://britainexplorer.com/top-ten-lost-treasures-of-the-world/) di mana mereka memaparkan antara 10 kekayaan atau harta karun yang hilang dalam sejarah dunia. Tahukah anda bahawa kekayaan yang dicuri oleh Portugis dan diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA ketika itu mencecah USD 2.6 Billion + (54,431kg of Gold x USD 49,000 per Kg)?
Antara harta-harta milik Kesultanan Melayu Melaka atau aset dan khazanah Melaka yang diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar ketika itu adalah:
1. Perempuan perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas 7.
7.Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju-baju berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. Perabot-perabot indah
14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.
Ianya dikira sebagai HARTA KARUN YANG HILANG PALING MAHAL DI DALAM SEJARAH DUNIA. Sekarang, fikirkan, siapakah kita sebenarnya wahai bangsaku Melayu?

Senjata Api Kerajaan Melaka

Lakaran Pahlawan Melaka
Benarkah Melayu melawan Portugis menggunakan senjata sederhana? Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa senjata api Melayu yang ada tidak mampu menandingi kehebatan Portugis?

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Terakol
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.
Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.
Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.
Istinggar
Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.
Bukan setakat itu sahaja, bukti aktiviti pembuatan senjata api di Pahang telah direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 ATAU 14, iaitu lebih awal daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

Meriam Seri Patani
Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling di dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, bahkan diceritakan mengenai kehebatan senjata api Melayu yang dikatakan tidak mempunyai tandingannya, walaupun senjata api Portugis itu sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu mengenai bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak membedal nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini.
Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, “The Capture of Malacca, A.D. 1511”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “Malay gun-fire” dan “heavy fire” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Kerajaan Melaka melalui lakaran


47

istana melaka sebenar
Lakaran menunjukkan Istana dan Pelabuhan Kerajaan Melaka.



Lakaran baru Istana Melaka.

Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.


Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah Portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.


Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu jugamenunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.

Lakaran Portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah bangunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.


Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.

Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?


Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.


Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.

Kota Melaka



Lakaran Melaka pada 1512


Pelabuhan Melaka


Lakaran Kota Melaka pada 1668 di bawah Belanda














sumber:lokalgenius, 
http://megachannelz.com/sejarah-kota-melayu-melaka-yang-disembunyikan/