Thursday, February 05, 2009

Karkuzari Jemaah Perancis

(Mesyuarat KL 4/2/2009)

Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.
  • Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
  • Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
  • Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
  • Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
  • Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
  • Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah! Baca nie

Persiapan Ijtimak Malaysia 2009

  • Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
  • Tempat : Nilai , Negeri Sembilan. (peta kat bawah)
  • Kemudian elders akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.



View Larger Map

Tonggi 2009





Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
  • Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
  • Untuk itu;
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.


Pinjam dari sini

Gambar pulak dari sini

Wednesday, February 04, 2009

Jemaah Masturat ke Kg Sungai Sireh, Tanjung Karang



18 Jemaah Masturat(17 jemaah 3 hari dan 1 jemaah 10 hari) telah dibentuk di Seri Petaling pada 24/01/2009, iaitu cuti hari raya cina. Salah satunya telah dihantar ke Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor.

  • Maksud keluar di Jalan ALLAH adalah untuk usaha bagaimana keseluruhan agama ada dalam diri dan setiap umat manusia.
  • Apabila manusia amalkan keseluruhan agama Islam, dia akan berjaya di dunia dan akhirat.
  • Untuk capai perkara ini, manusia perlu usaha atas 6 sifat.
  1. Hakikat kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
  2. Solat yang khusyuk dan khuduk
  3. Ilmu dan Zikir
  4. Ikram Muslimin
  5. Ikhlas Niat
  6. Dakwah dan Tabligh