Pengkalan Bujang dan Sungai Mas semasa berlangsungnya era Sungai Batu iaitu 600 tahun sebelum masehi adalah masih di di bawah air. Iaitu masih menjadi laut. Waktu 600 tahun sebelum masehi itu, Sungai Batu yang ada sekarang ini adalah daratan yang paling hampir dengan laut dan menjadi pusat pelabuhan dan perdagangan bertaraf antarabangsa pada waktu tersebut,
Sungai Batu - Pandangan sisi atas bangunan ritual |
Berbalik kepada candi-candi di Pengkalan Bujang. Candi-candi ini dibina pada kurun ke 7 masehi. Dan status binaan sangat kecil dan dicadangkan/ disimpulkan oleh para penyelidik dan sejarahawan pada masa ini adalah kegunaan ahli agama atau masyarakat minoriti. Perbandingan yang paling jelas adalah seperti sebuah surau.
Maka jelas di sini, sekiranya agama Hindu Buddha diamalkan, ianya dianuti oleh pedagang India dan mungkin segelintir masyarakat asal tetapi masih dikira minoriti, Jika semua menganut agama ini maka mengapa candi hanya ditemui di Lembah Bujang? Bukankah Lembah Bujang sebuah kawasan perdagangan? Mengapa tidak ditemui di tempat-tempat lain seperti Alor Setar, Baling, Kulim atau jauh sedikit di negeri-negeri lain di Malaysia?
Beza antara jarak monumen ritual adalah dibina pada kurun ke 2 masehi manakala candi-candi pada kurun ke 7 masehi.
Dan jika kita hubung kaitkan dengan Sungai Batu, setakat ini tidak terkait langsung dengan sebarang anutan Hindu Buddha pada 600 tahun sebelum masehi.
Maka yang wajar kita persoalkan siapakah masyarakat Kedah Tua?
Melalui senibina, bahan senibina maka diyakini masyarakat Kedah Tua adalah masyarakat asal iaitu Melayu.