Di dalam Istana Topkapi di Turki,terdapat sebilah pedang
milik Rasulullah s.a.w. Ia adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa
itu. Ianya pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dan
pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi)
yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat. Pedang ini memiliki
lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun
pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang
bergelombang’. Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua
yang disebut oleh Idrisi,ahli geografi Arab era Abbasiah dalam karyanya
al-Rujjar (Nuzhat al-mushtāq fi’khtirāq al-āfāq) dan Abu Dulaf,pengembara dan
pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’
fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.
Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah? Mengapa dalam banyak-banyak pedang,pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi s.a.w? Lantas Nabi s.a.w memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu? Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi.Saya tidak terkejut,kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.
Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Siapa yang menanamnya?
Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami
sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail
a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!
Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’
“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat
indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air
dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam
dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang
Hindi yang tulen…” - Abu Dulaf 940
Masehi
"..when a sword is made from Qala'i and tempered in
Yemen,beware it!.. (al-Jahiz)
sumber : http://historianlodge.historiansecret.com
sumber : http://historianlodge.historiansecret.com