Thursday, November 26, 2015

Kejatuhan Baghdad I - 1258

Empayar Mongol

Selepas dihancurkan oleh Mongol, Parsi di perintah oleh Hulagu dan keturunannya dikenali sebagai
Kerajaan Ilkhanate. Gelaran pemerintah adalah Ilkhan. Menurut ahli sejarah Rashid-al-Din Hamadani ,Kublai Khan yang memberi Hulagu gelaran Ilkhan selepas kekelahan Ariq Böke.Ilkhan bermaksud Wakil Khan.

Hulagu adalah anak Tolui dengan puteri Kherei, Sorghaghtani Beki yang beragama Nestorian Kristian. Hulagu rapat dengan orang Kristian dan isteri kesayangannya Doquz Khatun beragama Kristian. Dia adalah cucu Ghengis Khan dan abang kepada Ariq Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan.Hulagu sekurang-kurangnya mempunyai 3 anak, Abaqa Khan, Tekuder dan Taraqai. Abaqa jadi lkhan Iran kedua dari 1265-82,Ahmad Tekuder adalah Ilkhan Iran ketiga dari 1282-84 dan anak Taraqai, Baydu jadi Ilkhan pada 1295.

Abaqa Khan menjalin hubungan baik dengan kerajaan kristian Rom untuk menentang kerajaan Islam
Mamluk. Dia mati kerana berlebihan pengambilan alkohol. Bagaimana pun Menteri Kewangannya, Shams ad-Din Juvayni di tuduh oleh Argun meracuninya. Shams ad-Din Juvayni merupakan Menteri Kewangan kepada 3 Raja Mongol iaitu Hulagu, Abaqa dan Tekuder.

Tekuder asalnya adalah kristian bagaimanapun masuk Islam. Ketika pemerintahannya, dia menukar polisi kerajaan daripada pro Kristian kepada pro Islam kerajaan Mamluk.Tekuder juga menyuruh pegawai kerajaan memeluk Islam. Anak Abaqa, Arghun memberontak dibantu oleh Kublai Khan yang marahkan Tekuder. Arghun akhirnya menghukum bunuh pakciknya Tekuder setelah mengalahkannya dan mengembalikan polisi kerajaan kepada pro Kristian.

Arghun yang beragama Buddha mempunyai isteri Kristian, Haimash Khatun dan memberikan rakyatnya kebebbasan beragama. Dia juga membenarkan orang islan menjalankan hukum Syariah dan Menteri Kewangannya Sa''ad al-Dawla adalah yahudi.
Ilkhanate Dynasty, 1256-1323

Gaykhatu adalah Raja MOngol Ilkhanate Iran kelima.(1291-1295). Seorang Buddha kaki botol, perempuan dan liwat.

Baydu adalah Raja Mongol Ilkhanate Parsi keenam. Dia adalah anak Taraqai dan sepupu kepada Gaykhatu. Mati pada 1295.

Mahmud Ghazan (1271–1304) adalah anak Arghun dan Quthluq Khatun, dilahirkan dan dibesarkan sebagai Kristian dididik oleh sami Buddha. Ghazan masuk Islam pada 16 Jun 1295 di tangan  Ibrahim ibn Muhammad ibn al Mu’ayyid ibn Hamweyh al-Khurasani al-Jawini atas perjanjian dengan Nawuz yang membantunya menjadi Raja. Nawruz adalah Amir Mongol Orait yang beragama Islam.Ghazan menukar namanya kepada Mahmhud Ghazan.

Pada tahun 1298, Ghazan melantik Rashid-al-Din, seorang Yahudi yang memeluk agama Islam sebagai Perdana Menteri disamping mengarahkannya merekodkan sejarah Mongol dan dinastinya sehingga terhasillah Jami' al-tawarikh. setelah beberapa tahun Buku ini dapat disiapkan setelah kematian Ghazan. Ia adalah buku sejarah dunia bermula zaman Nabi Adam lagi. Banyak salinan telah dibuat dan sebahagiannya kekal sehingga hari ini.

Nawuz mengeluarkan fatwa resmi penentangan terhadap agama lain khususnya Buddha dan kristian di Ilkhanate. Pengikut setia Nawuz juga telah membunuh orang Buddha dan kristian disamping merobohkan tempat ibadat mereka di beberapa tempat. Nawuz yang ketika itu adalah ketua askar di Khorasan telah ditangkap dan akhirnya dijatuhkan hukuman mati oleh Ghazan.

Walaupun Islam, Ghazan membuat hubungan diplomatik yang baik dengan eropah dan bersekongkol dengan tentera salib menentang Mamluks Mesir. dan menakluk sebahagian jajahannya seperti Aleppo dan Damsyik. Ibnu Taimaiyah pernah berjumpa dan menasihatinya untuk menghentikan serangan ke atas orang Islam. Tentera Ghazan ditewaskan oleh Mamluk dalam perang Marj al-Saffar pada April 1303 di selatan Damsyik. Ghazan mati pada tahun 1304 akibat sakit di ganti oleh Oljeitu.

Oljeitu adalah anak Argun dari isteri ketiganya Uruk Khatun seorang Kristian.Dibaptis ketika kecil
sebagai Kristian. Ketika muda masuk Buddha dan kemudian memeluk Islam Sunni bersama abangnya Ghazan dikenali sebagai Muhammad Khodabandeh. Kemudian tukar pula jadi Shiah setelah dipengaruhi Al-Hilli. Walaupun islam, masih meneruskan polisi pro Kristian dan menentang Mamluk. Mati pada tahun 1316 dan Rashid al-Din Hamadan telah dituduh meracuninya dan dijatuhkan hukuman mati. Kematiannya diganti oleh anaknya Abu Sa'id.

Abu Sa'id Bahadur Khan mendapat gelaran Baghatur oleh Mongol setelah mengalahkan tentera Golden Horde dan pemberontakan Khereid Rinchin. Pada tahun 1330, empayar Ilkhanate dilanda wabak penyakit. Abu Sa'id dan anaknya mati dalam wabak tersebut. Selepas itu kerajaan Ilkhanate telah berpecah kepada beberapa negeri kecil. Setiap negeri ada pemerintah masing-masing dan yang paling terkenal adalah Kesultanan Jalayirid.

 Southwest Asia pada 1345, 10 tahun selepas kematian of Abu Sa'id