“Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata, “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah? Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al-Baqarah: 249)
URUTAN PERISTIWA PERANG MU’TAH
- Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mengirim utusan bernama al-Harits bin Umair al-‘Azdi yang akan dikirim ke penguasa Bashra (Romawi Timur) bernama Hanits bin Abi Syamr Al-Ghassani yg baru diangkat oleh Kekaisaran Romawi.
- Di tengah perjalanan, utusan itu ditahan dan ditangkap penguasa setempat bernama Syurahbil bin ‘Amr al-Ghassani, pemimpin dari bani Gasshaniyah (daerah jajahan romawi) dan dibawa ke hadapan kaisar Romawi Heraclius. Setelah itu kepalanya dipenggal.
- Pada tahun yg sama, 15 orang utusan Rasulullah dibunuh di Dhat al Talh daerah disekitar negeri Syam (Irak). Sebelumnya, tidak pernah seorang utusan dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam dibunuh dalam misinya.
- Rasulullah SAW mengerahkan kekuatan terbesar tentera Islam sejak Perang Ahzab seramai 3000 tentera
- untuk berdepan dengan tentera Rom. Zaid bin Harithah, anak angkat baginda menjadi panglima perang.
- Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda; “Pasukan ini dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, jika ia gugur Amir dipegang oleh Ja’far bin Abu Thalib, jika gugur pula panji diambil oleh Abdullah bin Rawahah (saat itu beliau menitiskan air mata) selanjutnya bendera itu dipegang oleh seorang ‘pedang Allah’ dan akhirnya Allah Subhânahu wata‘âlâ memberikan kemenangan. (HR. al-Bukhari)
- Ini pertama kali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat tiga panglima sekaligus karena beliau mengetahui kekuatan militer Romawi yang tak tertandingi pada waktu itu.
- Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam menghantar mereka sampai ke Tsaniatul Wada’, diluar kota Madinah dengan memberikan pesan kepada mereka: Jangan membunuh wanita, bayi, orang-orang buta atau anak-anak, jangan menghancurkan rumah-rumah atau menebangi pohon-pohon.
- Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mendoakan dan kaum Muslimin juga turut mendoakan dengan bersabda: Allah menyertai dan melindungi kamu sekalian. Semoga kembali dengan selamat.
- Tentera Islam bergerak sehingga ke utara Hijaz dan singgah sebentar di Ma'an sebuah daerah Syam selama 2 hari.
- Kaisar Heraclius mengerahkan lebih dari 100.000 tentara Romawi sedangkan Syurahbil bin ‘Amr mengerahkan 100.000 tentara yang terdiri dari kabilah Lakham, Juzdan, Qain dan Bahra‘. Kedua pasukan itupun bergabung. Berdasarkan maklumat, pasukan tersebut dipimpin oleh Theodore, saudara Heraklius.
- Hasil perisikan tentera Islam mendapati bahawa tentera Rom sudah berada di Maab, daerah Balqa`.
- Kekuatan mereka dianggarkan seramai 200 000 orang. Tentera Islam mula bermesyuarat untuk mengatur strategi.
- Cadangan untuk menunggu bantuan daripada Madinah ditolak Abdullah bin Rawahah. Beliau mencadangkan supaya tentera Islam terus mara ke barisan hadapan. Pilihannya sama ada menang dengan kemuliaan atau mati syahid. Cadangan beliau dipersetujui semua orang.
- Tentera Islam mara ke Balqa` dan bertembung dengan segerombolan tentera Rom di Masyarif. Tentera musuh cuba mendekati tentera Islam. Tentera Islam seterusnya menuju ke kawasan yang dikenali sebagai Mu`tah.
- Strategi disusun. Sayap kanan tentera Islam dipimpin oleh Qutbah bin Qutadah Al-Uzri dan sayap kiri dipimpin oleh Ubadah bin Malik Al-Ansari.
- Perang pun berlaku dengan sengit. 3000 tentera Islam merempuh 200 000 tentera Rom dengan keazaman jihad yang tinggi dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.
- Zaid bin Harithah yang memegang panji perang Islam menggempor pihak musuh dan syahid terkena tikaman tombak musuh. Jaafar bin Abi Talib menggantikan beliau.
- Jaafar bin Abi Talib turun dari kudanya lalu membunuh kudanya untuk mengelakkan gangguan kerana rasa berat berpegang dengan kudanya. Beliau memegang panji menggantikan Zaid bin Harithah.
- Jaafar bin Abi Talib merempuh ketengah-tengah barisan musuh.Tangan kanannya dipotong pihak musuh lalu dia memgang panji Islam dengan tangan kirinya. Tangan kirinya juga dipotong lalu dia memeluk panji Islam dengan sisa lengan tanganya yang dipotong. Setelah itu badannya dibelah dua lalu gugur syahid. Menurut Ibnu Umar ra, terdapat tidak kurang 90 tikaman pada badan Jaafar ra yang kesemuanya dibahagian hadapan.
- Abdullah bin Rawahah yang menggantikan Jaafar dan beliau juga syahid.
- Thabit bin Arqam, seorang tentera Islam dari Banu Ijlan memegang panji Islam sambil melaungkan seseorang perlu dipilih untuk memegangnya.
- Khalid bin Al-Walid telah dipilih oleh tentera Islam untuk menjadi panglima. Perang terus berkecamuk.
- Perang berhenti seketika buat hari tersebut. Khalid bin Al-Walid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa tentera Islam yang sangat kekurangan dari segi kuantiti tentera agak sukar untuk mengalahkan tentera Rom. Oleh itu, beliau merancang untuk membuat tipu helah bagi memperdayakan musuh.
- Keesokan harinya, selepas Subuh beliau mengarahkan barisan hadapan ke belakang dan belakang ke hadapan. Barisan ke kiri ke kanan dan barisan kanan ke kiri.
- Tentera Rom merasa ketakutan kerana menyangka bantuan telah tiba kepada tentera Islam. Semasa pertempuran berlangsung tentera Islam berundur perlahan-lahan ke barisan belakang.
- Tentera Rom tidak memburu tentera Islam sebaliknya berundur kerana menyangka tentera Islam telah menyediakan perangkap di padang pasir. Oleh itu, tentera Islam berjaya berundur dengan selamat dan menewaskan tentera Rom.
- 12 tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom dianggarkan 3,000 orang.
- Tentera Islam pulang ke Madinah. Kedengaran suara-suara yang mengkritik bahawa kepulangan mereka sebagai suatu tanda kekalahan. Rasulullah SAW berkata bahawa mereka bukanlah orang yang lari akan tetapi mereka akan menyerang semula dengan izin Allah.
BERITA KESYAHIDAN PERANG MU’TAH SAMPAI KEPADA RASULULLAH SAW
Ketika pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa’ di Syam, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam sedang duduk beserta para shahabat di Madinah sambil bercakap dengan mereka. Tiba-tiba Nabi terdiam, kedua matanya jadi basah berkaca-kaca. Beliau mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata yang jatuh disebabkan rasa duka… ! Seraya memandang berkeliling ke wajah para shahabatnya dengan pandangan haru, beliau berkata:
“Panji perang dipegang oleh Zaid bin Haritsah, ia bertempur bersamanya hingga ia gugur sebagai syahid. Kemudian diambil alih oleh Ja’far, dan ia bertempur pula bersamanya sampai syahid pula.”. Be!iau berdiam sebentar, lain diteruskannya ucapannya: “Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan ia bertempur bersama panji itu, sampai akhirnya ia·pun syahid pula”.
Kemudian Rasul diam lagi seketika, sementara mata beliau bercahaya, menyinarkan kegembiraan, ketentraman dan kerinduan, lalu katanya pula :
“Mereka bertiga diangkatkan ke tempatku ke syurga …”
Para sahabat di sisi Rasulullah juga tidak henti-hentinya menitiskan air mata. Tangis duka. Tangis kehilangan. Kehilangan sahabat-sahabat terbaik. Kehilangan pahlawan-pahlawan gagah berani. Namun bersamaan dengan tangisan itu juga ada kabar gembira bagi mereka. Bahwa ketiga orang itu kini disambut para malaikat dengan penuh hormat, dijemput para bidadari, dan mendapati janji surga serta ridha Ilahi. Secara khusus kepada Ja’far bin Abu Thalib yang terbelah tubuhnya, ia dijuluki dengan Ath-Thayyar (penerbang) atau Dzul-Janahain (orang yang memiliki dua sayap) sebab Allah menganugerahinya dua sayap di syurga, dan dengan sayap itu beliau terbang di surga sekehendaknya.
BERITA SYAHIDNYA JA’FAR DISAMPAIKAN TERUS OLEH RASULULLAH SAW KEPADA KELUARGA JA’FAR
Rasulullah pun pergi ke rumah Ja’far, didapatinya Asma’, istri Ja’far, sedang bersiap-siap menunggu kedatangan suaminya. Dia membuat adunan roti, merawat anak-anak, memandikan dan memakaikan baju mereka yang bersih.
Asma’ bercerita,
“Ketika Rasulullah mengunjungi kami, terlihat wajah beliau diselubungi kabut sedih. Hatiku cemas, tetapi aku tidak berani menanyakan apa yang terjadi, karena aku takut mendengar berita buruk.”
Rasulullah memberi salam dan menanyakan anak-anak Ja’far dan menyuruh mereka ke hadapan Rasulullah.
Asma’ kemudian memanggil mereka semua dan disuruhnya menemui Rasulullah SAW. Anak-anak Ja’far berlompatan kegirangan mengetahui kedatangan beliau. Mereka berebut-rebut untuk bersalaman kepada Rasulullah. Beliau menekap mukanya kepada anak-anak itu sambil mencium mereka penuh kesedihan. Air mata beliau mengalir membasahi pipi mereka.
Asma’ bertanya,
“Ya Rasulullah, demi Allah, mengapa anda menangis? Apa yang terjadi dengan Ja’far dan kedua sahabatnya?”
Beliau menjawab, “Ya, mereka telah syahid hari ini.”
Mendengar jawaban beliau, maka reduplah senyuman kegirangan di wajah anak-anak tersebut, apalagi setelah mendengar ibu mereka menangis tersedu-sedu. Mereka diam terpaku di tempat masing-masing, seolah-olah seekor burung sedang bertenggek di kepala mereka.
Rasulullah berdoa sambil menyapu air matanya,
“Ya Allah, gantilah Ja’far bagi anak-anaknya… Ya Allah, gantilah Ja’far bagi istrinya.”
Kemudian beliau bersabda,
“Aku melihat, sungguh Ja’far berada di surga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya.”
HASIL PEPERANGAN
Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisyam menyebutkan bahwa pertempuran ini berakhir seimbang. Kerana kedua belah pasukan sama-samaberundur dan lebih dahulu dilakukan oleh Romawi. Sedangkan Ibnu Katsir menyebutkan bahwa dalam pertempuran ini kemenangan berada di tangan pasukan Muslimin.
Imam Ibnu Katsir mengungkapkan ketakjubannya terhadap kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui hasil peperangan yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin dengan berkata,
“Ini kejadian yang menakjubkan sekali. Dua pasukan bertarung, saling bermusuhan dalam agama. Pihak pertama pasukan yang berjuang di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dengan kekuatan 3000 orang. Dan pihak lainnya, pasukan kafir yang berjumlah 200 ribu pasukan. 100 ribu orang dari Romawi dan 100 ribu orang dari Nashara Arab. Mereka saling bertarung dan menyerang. Meski demikian sengitnya, hanya 12 orang yang terbunuh dari pasukan kaum muslimin, padahal, jumlah korban tewas dari kaum musyirikin sangat banyak.”
Sebenarnya tanpa ada justifikasi kemenangan pun akan diketahui ada dipihak siapa. Keberanian pasukan yang hanya berjumlah 3.000 dengan gagah berani menghadapi dan dapat mengimbangi pasukan yang sangat besar dan bersenjata lebih canggih dan lengkap cukup menjadi bukti. Bahkan jika dihitung jumlah korban dalam perang itu siapapun akan mengatakan bahawa umat islam menang. Mengingat korban dari pihak muslim hanya 12 orang (al-Bidayah wan Nihayah (4/214)). Menurut riwayat Ibnu Ishaq 8 orang, sedang dalam kitab as-Sîrah ash-Shahîhah (hal.468) 13 orang) sedangkan pasukan Romawi tercatat sekitar 20.000 orang.
Menurut Imam Ibnu Ishaq – imam dalam ilmu sejarah Islam –, syuhada perang Mu’tah hanya berjumlah 8 sahabat saja. Secara terperinci, yaitu;
(1) Ja’far bin Abi Thalib,
(2) Zaid bin Haritsah Al-Kalbi (mantan budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam )
(3) Mas’ud bin Al-Aswad bin Haritsah bin Nadhlah Al-Adawi,
(4) Wahb bin Sa’d bin Abi Sarh. Sementara dari kalangan kaum Anshar,
(5) Abdullah bin Rawahah,
(6) Abbad bin Qais Al-Khazarjayyan,
(7) Al-Harits bin an-Nu’man bin Isaf bin Nadhlah an-Najjari, dan
(8) Suraqah bin Amr bin Athiyyah bin Khansa Al-mazini.
Di sisi lain, Imam Ibnu Hisyam dengan berlandaskan keterangan Az-Zuhri, menambahkan empat nama dalam deretan Sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang gugur di medan perang Mu’tah. Yakni,
(9) Abu Kulaib dan
(10) Jabir.
Dua orang ini saudara sekandung,
(11)Amr dan
(12)Amir bin Sa’d bin Al-Harits bin Abbad bin Sa’d bin Amir bin Tsa’labah bin Malik bin Afsha. Mereka juga berasal dari kaum Anshar.
Perang ini adalah perang yang sangat sengit meskipun jumlah korban hanya sedikit dari pihak muslim. Di dalam peperangan ini Khalid Radhiyallâhu ‘anhu telah menunjukkan suatu kegigihan yang sangat mengagumkan. Imam Bukhari meriwayatkan dari Khalid sendiri bahwa ia berkata:
“Dalam perang Mu‘tah, sembilan bilah pedang patah di tanganku kecuali sebilah pedang kecil dari Yaman.” (HR. Al-Bukhari 4265-4266)
Ibnu Hajar mengatakan, hadits ini menunjukkan bahwa kaum Muslimin telah banyak membunuh musuh mereka.