Khairuddin Pasha "Barbarossa" ialah seorang panglima islam yang berjuang di Laut Mediterranean dan kawasan sekitarnya pada hujung abad ke-15.
Beliau adalah putera ketiga kepada Panglima Yaakub dan lahir pada 1478 di Benova Pulau Lesbos.
Digelar sebagai "Lanun Berjanggut Merah" oleh angkatan laut eropah kerana keadaan Khairuddin yangberketurunan Greek dan mempunyai janggut berwarna kemerah-merahan.
Beliau berjuang bersama Abangnya bernama Oruc yang turut sama memiliki janggut merah, Angkatan Laut Eropah menggelarkan mereka sebagai "Dua Lanun janggut merah bersaudara / The Barbarossa Brothers"
Nama sebenarnya adalah Hizir Bin Yaakub Bin Yusuf, Gelaran "Khairuddin" bermaksud "Yang Memiliki Keperibadian atau Agama yang baik"
Gelaran tersebut dikurniakan oleh Sultan Sulaiman I Al-Qanuni dan juga gelaran "Pasha" iaitu gelaran khusus kepada setiap Panglima dan Pegawai Tertinggi Turki Uthmaniyah.
Beliau juga dilantik sebagai Laksamana Agung Tentera Laut Turki Uthmaniyah, Gabenor Algeria danKetua Angkatan Laut Afrika Utara.
ANAK KEPADA SEBAIK-BAIK TENTERA SULTAN MUHAMMAD II AL-FATEH
Ayah kepada Pemimpin berwibawa ini bernama Yaakub bin Yusuf, Beliau merupakan bekas tentera elit Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai "Janissari".
Ayah beliau merupakan bekas Ketua komando Janissari (Tentera darat) dan juga bekas Penasihat keselamatan dan ketenteraan kepada Sultan Beyazid II.
Panglima Yaakub bin Yusuf pernah berjuang bersama-sama dengan Sultan Muhammad II Al-Fateh bagi menakluki Kota Kostantinopel pada tahun 1453 masehi.
Sultan Muhammad Al-Fateh menghadiahkan sebuah kampung di Pulau Lesbos kepadanya bernamakampung Benova.
Peta Pulau Lesbos
ANAK-ANAK PANGLIMA YAAKUB
|
Panglima Yaakub memiliki beberapa orang anak hasil perkahwinannya dengan Sakinah iaitu:
- Ishak Bin Yaakub
- Oruc Bin Yaakub
- Hizir Bin Yaakub (Khairudin Pasha)
- Ilyas Bin Yaakub
- Aminah Binti Yaakub
- Awatif Binti Yaakub
SYARIKAT DAGANG KELUARGA YAAKUB
Selepas bersara daripada menjadi tentera Janissari Uthmaniyah, Panglima Yaakub berhijrah mendiami Pulau Lesbos di Kampung Benova.
Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjadi pemborong menjual hasil laut kepada penduduk sekitar Pulau Lesbos.
Setelah itu beliau memulakan perniagaan berskala besar dengan menubuhkan Syarikat Dagang Keluarga Yaakub, untuk permulaan beliau ke Istanbul untuk membeli Kapal dagang.
Sultan Beyazid II (Anak kepada Sultan Muhammad II Al-Fateh) menghadiahkan sebuah Kapal Perang lama dan tiga orang pembantu perkapalan terlatih kepada Panglima Yaakub untuk memulakan perniagaannya.
Panglima Yaakub mula melatih anak-anaknya iaitu Oruc dan Hizir dibantu oleh tiga orang pembantu perkapalan terlatih iaitu Umar, Ayub dan Hassan untuk perniagaan perdagangan kapal serta tidak ketinggalan melatih mereka akan ilmu asas peperangan di darat dan laut.
Syarikat Dagang Keluarga Yaakub menjalankan urusan perdagangan membekalkan bekalan bahan mentah dan perabot mewah disekitar Pulau Aegea dan kepulauan greek sehingga ke Mesir,Syiria dan Turki.
Antara nama-nama kapal dagang dan kapal perang Syarikat dagang Keluarga Yaakub ialah:
- Al-Fateh
- Beyazid II
- Salahuddin Al-Ayubi
- Khalid Al-Walid
- Benova
- Yaakub
- Ismail
"Sememangnya kita kadang kala lupa akan musuh-musuh kita, tetapi musuh-musuh kita tidak sama sekali melupakan kita"
(Kata-kata Panglima Yaakub kepada anak-anaknya)
PANJI-PANJI ANGKATAN LAUT KHAIRUDDIN PASHA
Khairuddin Pasha sempat berkhidmat dengan tiga Sultan Turki uthmaniyah iaitu Sultan Beyazid II,Sultan Salem I dan Sultan Sulaiman I Al-Qanuni.
Sebelum ini Khairuddin Pasha menjalankan perniagaan perdagangan dibawah syarikat perkapalan Ayahndanya, seterusnya beliau mula berkhidmat sebagai pembantu Ayahndanya ketika di Istanbul (Pembantu Ayahndanya sebagai Penasihat keselamatan dan ketenteraan kepada Sultan Beyazid II), seterusnya beliau bertugas sepenuh masa dalam Angkatan Laut Turki Uthmaniyah menjaga mempertahankan kawasan peraian Turki Uthmaniyah semenjak lewat zaman Sultan Beyazid II sehingga zaman Sultan Sulaiman I Al-Qanuni.

Zaman kemuncak kegemilangan beliau adalah pada zaman Sultan Sulaiman I Al-Qanuni dan beliau diiktiraf sebagai Panglima Agung Empayar Turki Uthmaniyah.
PANGLIMA TURGUT REIS PEMBANTU KHAIRUDDIN PASHA
Panglima Turgut Reis (1485-1565) adalah antara sahabat baik kepada Khairuddin Pasha dan pernah berjuang bersama-sama menentang Angkatan Laut Eropah dan Perang Salib II.
Panglima Khairuddin Pasha pernah membebaskannya daripada tahanan Sepanyol, Panglima Turgut Reis pernah berkhidmat dibawah Khairuddin Pasha dan Anaknya Hassan Pasha.
ANTARA KEJAYAAN KHAIRUDDIN PASHA
1509
Berjaya menghalang serangan tentera sepanyol ke atas Bougie, Oran dan Algiers.
1511
Menyerang kawasan di selatan Itali.
Menyerang kawasan di selatan Itali.
1512
Mengusir tentera Sepanyol dari Bougie.
Mengusir tentera Sepanyol dari Bougie.
1514
Berjaya menawan Jaijil.
Berjaya menawan Jaijil.
1516
Berjaya menawan Kota Elba.
Berjaya menawan Kota Elba.
1518
Abangnya Ishak dan Oruc gugur syahid dalam pertempuran dengan tentera Sepanyol di Tlemcen.
Abangnya Ishak dan Oruc gugur syahid dalam pertempuran dengan tentera Sepanyol di Tlemcen.
Disember 1518
Berjaya menawan semula Tlemcen dan menuntut bela diatas kematian kedua abangnya.
Berjaya menawan semula Tlemcen dan menuntut bela diatas kematian kedua abangnya.
1519
Menewaskan gabungan angkatan laut sepanyol dan Itali.
Menewaskan gabungan angkatan laut sepanyol dan Itali.
1521
Menyerang Kepulauan Balearik dan berjaya menawan beberapa buah kapal perang Sepanyol.
Menyerang Kepulauan Balearik dan berjaya menawan beberapa buah kapal perang Sepanyol.
1523
Berjaya mengusir Pahlawan St. John (Knight) dari Pulau Rhodes.
Berjaya mengusir Pahlawan St. John (Knight) dari Pulau Rhodes.
1527
Menyerang dan membinasakan beberapa buah kubu di sepanjang pantai Itali dan Sepanyol.
Menyerang dan membinasakan beberapa buah kubu di sepanjang pantai Itali dan Sepanyol.
1529
Menawan kubu tentera Sepanyol di Pulau Penon.
Menawan kubu tentera Sepanyol di Pulau Penon.
1532
Menyerang Sardinia, Corsica,Kepulauan Montecristo, Elba dan Lampedusa.
Menyerang Sardinia, Corsica,Kepulauan Montecristo, Elba dan Lampedusa.
1534
Menawan semula Coron, Patras dan Lepanto dari Sepanyol
Menawan semula Coron, Patras dan Lepanto dari Sepanyol
1537
Menyerang Hasburg, Otranto dan Ugento.
Menyerang Hasburg, Otranto dan Ugento.
1538
Berjaya menewaskan angkatan laut salib yang dibentuk oleh Pope Paul III di Preveza yang membabitkan tentera gabungan Sepanyol,Itali,German dan lain-lain.
Berjaya menewaskan angkatan laut salib yang dibentuk oleh Pope Paul III di Preveza yang membabitkan tentera gabungan Sepanyol,Itali,German dan lain-lain.
1539 Sehinggan 1544
Berjaya menewaskan beberapa angkatan musuh dan menawan beberapa pulau dan kawasan penting di laut Mediterranean.
Berjaya menewaskan beberapa angkatan musuh dan menawan beberapa pulau dan kawasan penting di laut Mediterranean.
1545
Mengambil keputusan bersara dan tinggal di sebuah istana di tepi pantai Buyukdere berhampiran Istanbul. meninggal dunia pada tahun 1546.
Gambaran Pertempuran di tengah lautan pasukan Khairuddin Pasha dengan Angkatan Laut Eropah |
PENYELAMAT IMAN UMAT ISLAM ANDALUSIA
Istana Al-Hambra |
Pada Tahun 1492 masehi, Granada wilayah dan kota terakhir umat islam di Sepanyol telah jatuh secara rasmi ke tangan tentera kristian Sepanyol di bawah gabungan pasukan Aragon dan Castille yang dipimpin oleh Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella.
Pemerintah terakhir Granada iaitu Amir "Muhammad XII" tidak dapat mempertahankan lagi Granada setelah dikepung oleh tentera Raja Ferdinand II yang sangat ramai dan terpaksa menyerah diri serta membuat perjanjian dengan Raja Ferdinand II.
Perjanjian tersebut dikenali sebagai "Dekri Al-Hambra"
Antara isi kandungan Perjanjian Raja Ferdinand II dengan Amir Muhammad XII iaitu:
- Amir Muhammad XII bersetuju turun dari takhtanya.
- Baginda sekeluarga bersetuju untuk keluar dari bumi Sepanyol.
- Raja Ferdinand II berjanji tidak mengapa-apakan penduduk Granada.
- Orang islam dibenarkan untuk terus tinggal di Granada dan tidak dihalang daripada meneruskan ajaran islam.
Selepas peristiwa tersebut, maka tamatlah pemerintahan Islam di bumi sepanyol berkurun lamanya semenjak dari zaman Bani Umaiyah, 800 tahun Islam bertapak di bumi Andalusia.
Setelah menguasai keseluruhan Sepanyol, Raja Ferdinand II mengangkat dirinya sebagai Raja Sepanyoldan isterinya Ratu Isabella menjadi Pemaisuri Sepanyol.
Setelah beberapa tahun memerintah, Raja Ferdinand II bertindak membatalkan perjanjian Dekri Al-Hambra yang dibuat dengan Amir Muhammad XII.
Raja Ferdinand II telah mengeluarkan sebuah perintah baru kepada seluruh jajahan taklukannya di Sepanyol iaitu:
"Kepada semua orang islam di Sepanyol, kamu semua dengan ini diperintahkan untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian memandangkan Kristian adalah agama rasmi di Sepanyol, Jika kamu enggan memeluk agama Kristian, kamu hendaklah meninggalkan bumi Sepanyol ini"
Ratusan ribu umat islam di Sepanyol menangis setelah membaca perintah baharu yang dikeluarkan itu, mereka berdoa kepada Allah berbunyi:
"Wahai Tuhan Kami, Ampunilah kami atas kelalaian kami, Janganlah Engkau biarkan kami terus menzalimi diri kami sendiri, Wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pemberi Maaf, Ampunilah kami. Selamatkanlah kami daripada musibah ini, Berikanlah kami jalan keluar daripada masalah yang kami hadapi ini"
Umat Islam di Andalusia menjadi semakin terdesak, masing-masing telah berusaha mencari jalan keluar dairpada musibah ini dengan mengirim berita kepada saudara-mara yang masih berada di Afrika Utara.
Antara yang menerima Surat tersebut adalah Syeikh Ibrahim dari Maroko, beliau mempunyai sejumlah 30 orang saudara mara di Andalusia.
Antara isi kandungan Surat tersebut:
"Kepada Tuan Syeikh Ibrahim, Kami saudara-mara di sini merayu agar kami dibawa keluar dari bumi Andalusia. Kini Andalusia telah diperintah oleh Raja Kristian, Kami telah diperintahkan untuk memeluk agama Kristian, jika kami enggan, kami terpaksa keluar dari bumi Andalusia. kami ingin kekal menjadi orang islam. tolong usahakan agar kami dibawa keluar dari Andalusia.
- Saudara-mara di Andalusia yang ketakutan -
Surat seterusnya:
"Assalamualaikum Tuan Syeikh Ibrahim yang dihormati, tolong usahakan untuk mengeluarkan kami dari bumi Andalusia secepat mungkin. Orang Kristian di sini semakin hari semakin bertindak kejam terhadap orang Islam, Kami hanya dibenarkan untuk meninggalkan bumi Andalusia dengan syarat kami meninggalkan segala harta benda kami. Harta-harta tersebut dikatakan bukan milik kami, tetapi milik rakyat Andalusia yang beragama Kristian. Kami bukan rakyat asal Andalusia. kami hanyalah bangsa pendatang. kami tidak boleh membawa apa-apa kecuali apa yang ada dibadan kami. jadi bagaimana mungkin kami mampu mencari pelaut-pelaut yang boleh membawa kami ke Afrika Utara dan dengan apa kami hendak membayarnya? Tolong bantu saudara-saudara seIslam di bumi Andalusia ini".
Syeikh Ibrahim membuat usaha iktihar dengan menyeru umat islam dari belahan dunia islam yang lain agar berjihad membantu umat islam Andalusia daripada terus dihimpit mimpi ngeri.
Beliau bergerak keserata Afrika utara, di Algeria, Moroko, Tunisia, Mesir dan ke Istanbul Turki.
Seorang Penasihat keselamatan dan ketenteraan Turki Uthmaniyah bernama Panglima Salleh yang merupakan Abang ipar kepada Oruc dan Hizir "Khairuddin Pasha" telah mendengar seruan jihad membantu saudara islam di Andalusia, beliau membantu Syeikh Ibrahim memperkenalkan kepada Oruc dan Hizir untuk membantu misi menyelamat umat islam di Andalusia.
Sebelum itu, Hizir Khairuddin Pasha pernah bermimpi bertemu ayahnya dan berpesan kepada Hizir:
"Gendang jihad sudah dipalu, Berpadu tenagalah dengan kandamu Oruc. Tentanglah musuh-musuh Islam dan belalah orang Islam yang teraniaya!"
Misi menyelamatkan Iman Umat Islam Andalusia berjalan, Hizir dan Oruc memulakan operasi menyelamat dengan berkat doa Syeikh Ibrahim yang turut serta dalam misi tersebut.
Operasi pertama menyelamatkan Umat Islam Andalusia berjalan dengan kira-kira 5,000 orang Islam Sepanyol berjaya diangkut dan dihantar ke Afrika Utara.
Kejayaan misi pertama diteruskan lagi dengan misi-misi seterusnya, sehingga terbentuklah berpuluh-puluh operasi menyelamat dalam tempoh sehingga enam tahun. keseluruhan jumlah Umat Islam Andalusia yang berjaya diselamatkan sekitar 50,000 orang.
Kejayaan Oruc dan Hizir menyelamatkan umat Islam Andalusia ini menjadi buah mulut dan kebanggaan seluruh Umat Islam.
Kata-kata Umat Islam Andalusia yang berjaya diselamatkan oleh Angkatan Oruc dan Hizir:
"Kamu semua adalah para pejuang dan pembela Islam yang sebenarnya. kamu sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan kami semua tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Jasa kamu semua akan kami kenang sepanjang hayat".
Operasi menyelamat ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, baginda juga mengirimkan bantuan dan turut bersyukur berbangga dengan kejayaan Angkatan Laut Uthmaniyah menyelamatkan saudara seIslam di Andalusia.
Operasi lain turut berlaku semasa pemerintahan Sultan Sulaiman I Al-Qanuni, semasa itu Hizir Khairuddin Pasha menjadi Panglima Agung angkatan tentera laut Uthmaniyah, dibawah kelolaan Hizir, dalam tempoh tiga bulan, seramai 70,000 umat Islam Andalusia berjaya diselamatkan dan dibawa ke Afrika Utara.
Seramai lebih 120,000 Umat Islam Andalusia berjaya diselamatkan secara berkala, lebih kurang 40% Umat Islam Andalusia telah berjaya diselamatkan oleh Khairuddin Pasha dan angkatannya.
Umat Islam Andalusia dianggarkan berjumlah 500,000 keseluruhannya, dan pada tahun 1609 sudah hampir tiada langsung umat Islam di Andalusia yang tersisa kerana ramai yang telah dibunuh atau murtad (sebilangan kecil).

Disebalik musibah yang menimpa Umat Islam Andalusia, Allah kirimkan penyelamatnya untukmenyelamatkan mereka yang benar-benar beriman dengan Islam.
Hizir dan saudaranya Oruc digelar "Lanun Berjanggut Merah" oleh tentera Sepanyol yang dengki melihat kejayaan mereka membantu memindahkan berpuluh-puluh ribu Umat Islam Andalusia yang tertindas.
Hizir Khairuddin Pasha berkata kepada tentera Sepanyol:
"Jika kerana membantu saudara-saudara Islam saya di Sepanyol lari ke Afrika Utara bagi menyelamatkan keimanan mereka, saya digelar "Si Lanun Berjanggut Merah", saya rela menerima gelaran itu dengan bangganya!".
PERGINYA SEORANG ADMIRAL UTHMANIYAH
Pada tahun 1545 masehi, Khairuddin Pasha mengambil keputusan untuk bersara daripada tugasannya dan menetap di Istanbul ketika berusia 67 tahun.
Sultan Sulaiman I Al-Qanuni telah melantik anak beliau Hassan Pasha untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai Gabenor Jeneral di Algeria.
Baginda juga berkenan menghadiahkan sebuah istana di pantai Buyukdere berhampiran Istanbul dan pantai Selat Bosphorus sebagai menghargai jasa-jasanya kepada Daulah Turki Uthmaniyah.
Hizir Khairuddin Pasha Barbarossa telah menghabiskan usianya kira-kira 35 tahun berjuang menentang musuh-musuh Islam.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1546 ketika berusia 68 tahun, antara kata-kata terakhirnya seperti yang pernah diucapkan oleh Sayidina Khalid Al-Walid R.A iaitu:
Berita kematian Panglima agung ini tersebar ke seluruh wilayah jajahan Turki dan ke seluruh negara-negara Islam. Masing-masing bersedih mendengar berita tersebut terutama keluarga dan kerabatnya serta Umat Islam Andalusia yang diselamatkannya, mereka tetap mengigati mengenang akan segala budi jasa baik beliau kepada mereka semua.
Sultan Sulaiman I Al-Qanuni turut berdukacita, baginda berkenan mencemar duli menziarahi Panglima agungnya dan memerintahkan agar Panglimanya itu dikebumikan menurut istiadat pahlawan negara.
Baginda juga menyampaikan titah kepada kaum kerabatnya agar bersabar terhadap ujian Allah swt. baginda Sultan berkata:
Begitulah berakhirnya kehidupan seorang pahlawan dan Admiral Uthmaniyah yang terkenal, Beliau pergi setelah sekian lama namanya menjadi igauan serta mimpi buruk kepada angkatan laut musuh.
Beliau meninggalkan jasa dan sumbangan yang begitu besar untuk Islam, bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Laut Turki Uthmaniyah tetapi juga kepada seluruh umat Islam di zamannya.
Pemakaman Hizir Khairuddin Pasha terletak berhampiran Pelabuhan Besiktas, di sana terdapat sebuah mausoleum di Taman Barbaros di Besiktas dan juga terdapat sebuah Muzium Tentera Laut Turki.
Sehingga ke hari ini, setiap kali Angkatan Tentera Laut Turki hendak memulakan pelayaran, mereka akan melepaskan satu das tembakan meriam sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan agung ini.
Nama beliau, Hizir Khairuddin telah menjadi nama kepada beberapa kapal perang Turki dan juga nama beliau telah diabadikan menjadi nama kepada ramai anak-anak generasi baru umat Islam Andalusia yang berjaya diselamatkannya di Afrika Utara.
Bagi yang berkesempatan, marilah kita ziarahi makam Panglima Agung Uthmaniyah ini di Istanbul Turkibagi mengenali beliau lebih dekat sekaligus memahami mendalami akan sumbangan dan jasa-jasanya yang masih terkesan sehingga ke hari ini.
"Aku telah berjuang dalam berpuluh-puluh tahun di medan peperangan memburu kematian pada jalan Allah. Tidak ada bahagian tubuhku yang tidak tercedera terkena tikaman senjata musuh. Ketika orang yang aku sayangi serta rakan-rakanku ramai yang gugur syahid, aku terpaksa menerima takdir Allah dan mati di atas tempat tidur dan bukannya di medan perang".
Sultan Sulaiman I Al-Qanuni turut berdukacita, baginda berkenan mencemar duli menziarahi Panglima agungnya dan memerintahkan agar Panglimanya itu dikebumikan menurut istiadat pahlawan negara.
Baginda juga menyampaikan titah kepada kaum kerabatnya agar bersabar terhadap ujian Allah swt. baginda Sultan berkata:
"Sesungguhnya kematian Laksamana Agung Khairuddin Barbarossa adalah satu kehilangan yang besar buat negara Turki Uthmaniyah. Beliau seorang panglima yang gagah berani serta mempunyai budi pekerti yang luhur. Beliau berjasa besar dalam mempertahankan kesucian agama Islam serta membela nasib umat Islam yang dizalimi. Jasa-jasa beliau pasti akan tetap diingati oleh umat Islam".
Begitulah berakhirnya kehidupan seorang pahlawan dan Admiral Uthmaniyah yang terkenal, Beliau pergi setelah sekian lama namanya menjadi igauan serta mimpi buruk kepada angkatan laut musuh.
Beliau meninggalkan jasa dan sumbangan yang begitu besar untuk Islam, bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Laut Turki Uthmaniyah tetapi juga kepada seluruh umat Islam di zamannya.
Pemakaman Hizir Khairuddin Pasha terletak berhampiran Pelabuhan Besiktas, di sana terdapat sebuah mausoleum di Taman Barbaros di Besiktas dan juga terdapat sebuah Muzium Tentera Laut Turki.
Sehingga ke hari ini, setiap kali Angkatan Tentera Laut Turki hendak memulakan pelayaran, mereka akan melepaskan satu das tembakan meriam sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan agung ini.
Nama beliau, Hizir Khairuddin telah menjadi nama kepada beberapa kapal perang Turki dan juga nama beliau telah diabadikan menjadi nama kepada ramai anak-anak generasi baru umat Islam Andalusia yang berjaya diselamatkannya di Afrika Utara.
Bagi yang berkesempatan, marilah kita ziarahi makam Panglima Agung Uthmaniyah ini di Istanbul Turkibagi mengenali beliau lebih dekat sekaligus memahami mendalami akan sumbangan dan jasa-jasanya yang masih terkesan sehingga ke hari ini.
- Khairuddin Pasha Barbarossa -
"Sultan Lautan Mediterranean"