Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam hantar surat kepada Heraklius yang dibawa oleh
Dihya bin Khalifah al-Kalbi ra. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya kepada Heraclius penguasa Romawi. Salam sejahtera bagi orang yang mengikuti petunjuk. Masuk Islamlah, niscaya kamu selamat. Masuk Islamlah, niscaya Allah memberimu pahala dua kali lipat. Jika kamu berpaling, kamu akan menanggung dosa orang-orang Romawi. Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang sama di antara kita, bahwa kita tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun; dan tidak (pula)sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai sembahan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka : “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” |
Heraklius kemudian mengundang Abu Sufian dan pedagang Quraisy lainnya yang kebetulan sedang berdagang di Syam untuk berbincang tentang Nabi Muhammad saw. Setelah bertanya-tanya panjang lebar, Heraclius lalu berkata menegnai Nabi Muhammad saw, “Jika apa yang telah kau katakan adalah benar maka ia akan dapat memiliki tempat kedua kakiku berdiri ini. Aku tahu bahwa ia akan diutus. Aku tidak menyangka ternyata ia dari bangsa kalian. Jika saja aku dapat memastikan bahwa aku akan bertemu dengannya niscaya aku memilih bertemu dengannya. Jika aku ada di sisinya, pasti aku cuci kedua kakinya.” |
Bagi
penyebaran agama Islam di bumi Syam yang ketika itu dibawah takluk Empayar
Rom, Khalifah Saidina Abu Bakar ra telah menghantar 4 jemaah; 1. Amr ibn al-A'as ra: menuju Palestine. melalui Elat kemudian merentas Lembah Arabah. 2. Yazid ibn Abu Sufyan ra: menuju Damsyik melalui Tabuk. 3. Shurahbil bin hassana ra: menuju Jordan melalui Tabuk selepas Yazid ra. 4. Abu Ubaidah ibn al-Jarrah ra: menuju Emesa melalui Tabuk selepas Shurahbil ra. Pada minggu pertama April 634, mereka bergerak keluar dari Madinah. |
Pada awal Mei 634, pasukan Muslim mencapai antara Bosra and Jabiya. |
Pada minggu ketiga Mei 634, Abu Ubaidah ra memberitahu Khalifah tentang persiapan tentera Rom seramai 100,000 orang. |
Khalifah Abu Bakar ra meminta Khalid ra yang berada di Al Hirah Iraq untuk menyertai Abu Ubaidah ra di Syam dan sampai di Syria pada awal Jun 634 bersama 8,000 orang tentera disamping melantik Khalid ra sebagai ketua tentera. |
Pada pertengahan Julai 634, Abu Ubaidah ra arahkan Shurahbil ra serang Bosra dengan 4,000 tentera yang akhirnya diserang dan dikepung tentera Rom. Khalid ra sampai dan selamatkan Shurhabil ra dan tenteranya, kemudian Khalid ra, Shurhabil ra dan Abu Ubaidah ra dengan tentera masing-masing serang Bosra. Bosra ibukota kerajaan Ghassanid dapat ditawan dan berakhirnya kerajaan Ghassanid. |
Khalid ra ambil alih ketua tentera Islam dari Abu Ubaidah ra. |
(30 July.)Dengan Khalid ra sebagai pemimpin, tentera Byzantine Rom dikalahkan dalam perang Ajnadain danmara ke Damsyik. |
(22 Ogos 634)Khalifah Abu Bakar ra meninggal dunia dan Saidina Umar ra jadi Khalifah. |
(18 Sept.364) Damsyik ditawan selepas 30 hari dikepung. |
Khalid ra dilucutkan jawatan Ketua tentera di ganti dengan Abu Ubaidah Al Jarrah ra. |
(15 Oct 364) Tentera Islam menguasai tengah Syria dalam perang Abu al-Quds. |
(23 Jan. 634)Tentera Rom dikalahkan dalam perang Fahl. |
Sehingga 635 M, Palestine, Jordan and Selatan Syria, tidak termasuk Jerusalem dan Caesarea, jatuh ketangan orang Islam. |
Yazdegerd II, Kisra Parsi minta bantuan Raja Rom.Heraclius mengahwinkan anak perempuannya,Manyanh dengan Yazdegerd III sementara Heraclius bertahan di Levant. |
(Mac 636)Tentera Islam menguasai Emesa, setelah mnguasai Tiberias dan Baalbelk. |
Tentera Islam mara ke arah Aleppo, kubu kuat Byzantine dan Antioch dimana Heraclius(Rom) berkuasa. |
Merasa terancam dengan perkembangan agama Islam, Heraklius bertekad untuk mengusir kaum muslimin dari daerah jajahannya. |
Menjelang Mei 636M tentera Rom dan sekutunya telah bergabung di Antiokia. |
Heraklius telah berjaya mengumpulkan tentera berjumlah 200,000 lebih hasil gabungan dari Byzantine, Slavs, Franks, Georgians, Armenians dan Arab Kristian(Kerajaan Gassanid). |
Heraclius
berpusat di Antiokia, melantik Theodorus Trithurius sebagai panglima
tertinggi. 1. Sementara Ghasan dipimpin oleh rajanya Jabalah bin Aisham 2. Armenia dipimpin rajanya, Vahan sebagai Ketua Perang 3. Slavs dipimpin Buccinator (Qanateer), putera Slavics. 4. Gabungan seluruh pasukan Eropa dipimpin oleh Gregory (Gregorius) dan Dairjan (alWaqidi hal.106). |
Pertengahan Jun 636M, tentera Byzantium bergerak dari Antiokia. |
Strategi
tentera Byzantium : 1. Qanateer akan bergerak sepanjang jalur pantai menuju Beirut, kemudian mendekati Damaskus dari arah Barat dan menahan pasukan Abu Ubaidah ra. 2. Jabalah membawa pasukannya dari Aleppo (Halab), menuju Emessa (Hims) melalui Hama dan menggempur pasukan muslim di daerah Emessa. Pasukan ini yang kemungkinan pertama bertempur. 3. Dairjan bergerak pada jalur antara pantai dan Aleppo kemudian mendekati Emessa dari arah barat. Berikutnya menyerang pasukan muslimin dari samping saat sedang bertempur dengan Jabalah. 4. Gregory membantu menyerang ke Emessa dari arah Timur Laut dan menyerang dari sisi kanan bersamaan dengan serangan Dairjan. 5. Mahan membantu pasukan Jabalah dari arah belakang dan menjadi pasukan cadangan. |
Khalid ra meminta tentera Islam undur ke selatan dan bergabung sehingga menjadi lebih
kuat. Abu Ubaidah ra undur ke selatan dari Emessa menuku ke Jabiyya serta mengembalikan jizyah. |
Jabalah tiba di Emessa namun tidak bertembung dengan tentera Islam |
Qanateer memasuki Damaskus namun tidak menemukan tentera Islam yang telah berundur. |
Tentera
Islam dibahagikan kepada 4 pasukan: 1. Pasukan Amru bin Ash ra. di Palestina 2. Pasukan Syurahbil ra. di Jordan 3. Pasukan Yazid ra. di Caesarea (Sekarang Tel Aviv) 4. Pasukan Abu Ubaidah ra. bersama Khalid ra. di Emessa |
Menurut sejarah tentera Islam hanya sekitar 25,000 orang sahaja. (Versi lain menyebutkan jumlah kekuatan Muslimin yaitu 40,000 orang) |
Pada Julai 636, tentera Islam bermesyuarat. Khalid ra cadangkan tentera Islam undur ke selatan ke dataran Yarmouk untuk memudahkan Khalifah hantar bantuan dan menggerakkan tentera berkuda. |
Setelah tiba di Yarmuk, Abu Ubaidah ra memutuskan kem tentera Islam di timur Yarmuk dan bergabung dengan pasukan Amru bin Ash ra, Syurahbil ra dan Yazid ra. |
Setelah beerapa hari Jabalah sampai di Yarmuk dan membuat kem di sebelah utara wadi Al-Raqad. |
Heraklius memerintahkan Mahan buat rundingan dengan tentera Islam. |
Gregory jumpa Abu Ubaidah ra namun rundingan gagal. |
Mahan menghantar Jabalah dengan sebilangan yang ramai tentera berkudanya untuk menggertak tentera Islam namun digagalkan oleh tentera berkuda Khalid ra. |
Barisan
hadapan sekali terdiri dari pasukan Jabalah dengan kekuatan kuda dan
untanya. Bakinya, Mahan membahagi pasukannya kepada 4 pasukan yang menyebar dari Yarmuk sampai daerah selatan kawasan berbukit Jabiya sepanjang 20 km; 1. Sayap kanan dipimpin oleh Gregory, 2. sayap kiri oleh Qanateer dan 3. pasukan tengah tersusun oleh satuan Dairjan dan 4. pimpinan satuan Mahan sendiri. Untuk semua pasukan, tentera berjalan kaki di barisan depan dan tentera berkuda di bahagian belakang . |
Khusus pasukan Gregory, ia menggunakan rantai yang mengikat tenteranya untuk menahan serangan tentera berkuda seperti taktik Hurmuz dalam Perang Rantai di Irak Persia sebelumnya. Sejumlah 30.000 pasukan Bizantium dipimpin Gregory dimana rantai-rantainya mengikat tiap 10 orang. |
Khalid ra menjadi Amir sebagai mana arahan Khalifah |
Strategi
Khalid ra, setiap pasukan mempunyai tentera bejalan kaki dan berkuda. Tentera berkuda bilangannya hanya seperempat dari seluruh pasukan. Keseluruhannya terdapat 36 tentera berjalan kaki dan 4 tentera berkuda serta pasukan khusus mobile-guard yang sentiasa bergerak diseluruh medan pertempuran. |
Secara
umum tentera Islam dibahagikan kepada 4 pasukan; 1. Pasukan tengah bahagian kiri dipimpin oleh Abu Ubaidah 2. Pasukan tengah bahagian kanan dipimpin oleh Syurahbil 3. Sayap kiri dipimpin oleh Yazid 4. Sayap kanan dipimpin oleh Amru bin Ash Mobile-guard pula dipimpin oleh Khalid di bantu pimpinanya oleh Dhirar. Pasukan sayap kiri dan kanan adalah untuk serangan counter-attack. Setiap pasukan mempunyai 9 rejimen tentera berjalan kaki yang dibahagikan berdasarkan kesukuan untuk memberi motivasi khusus bagi tiap-tiap rejimen menunjukkan kemampuan. |
Jika barisan Bizantium terdiri dari sekitar 30 baris sepanjang 20 KM, sementara tentera Islam hanya sekitar 4 baris pasukan memanjang mengimbangi panjangnya pasukan musuh |
Selama satu bulan lamanya tidak terjadi pertempuran antara kedua belah pihak selain hanya saling menunggu. Pasukan Muslimin tidak mahu gelojoh melakukan serangan karena jumlahnya musuh yang terlampau besar. |
Sementara pihak Bizantium juga belum memiliki keberanian besar untuk lebih dulu menyerang Muslimin. Masa sebulan itu juga membantu kekuatan Abu Ubdaiah dengan datangnya 6.000 pasukan baru yang datang dari Yaman. |
Pada
14 Ogos 363, Vahan meminta tentera Islam untuk berunding lagi untuk yang
terakhir sebelum pertempuran, dan Abu Ubaidah mengutus Khalid ra. “Kami mengetahui, bahwa yang mendorong kalian keluar dari negeri kalian tak lain hanyalah kelaparan dan kesulitan. Jika kalian setuju, saya beri masing-masing kalian 10 dinar lengkap dengan pakaian dan makanan, asalkan kalian pulang kembali ke negeri kalian. Di tahun yang akan datang saya kirimkan sebanyak itu pula…!” tawar Mahan. “Sebenarnya, yang mendorong kami keluar dari negeri kami, bukan karena lapar seperti yang anda sebutkan tadi, tetapi kami adalah satu bangsa yang biasa minum darah. Dan kami tahu benar, bahwa tak ada darah yang lebih manis dan lebih baik dari darah orang-orang Romawi, karena itulah kami datang!” jawab Khalid ra. menteror lawan. (Ibnu Katsir, 7/14) |
Selama satu hari penuh kedua belah pihak kembali mengatur posisi dan formasi. |
Khalid meminta amanah kepada Abu Ubaidah sebagai pimpinan umum Muslimin dalam Perang Yarmuk dan Abu Ubaidah merestuinya. |
“Genggam tiang khemah ditanganmu dan kumpulkan batu,” ucap Abu Ubaidah kepada para wanita yang bertugas di bagian belakang barisan,”jika kita menang, maka itu sebuah kebaikan. Namun jika kalian melihat ada pasukan yang lari dari medan perang, serang wajahnya dengan tiang khemah dan lemparlah dengan batu. Tahan anaknya dan katakan padanya agar berperanglah demi isterinya, anaknya dan demi Islam!” (Al‐Waqidi, hal.129) |
Seorang
tentera muda bergurau ketika Khalid melalui di depannya, “Betapa besarnya
pasukan Romawi dan betapa kecilnya kita.” Khalid berbalik dan menatap mata
pemuda tersebut, “Begitu kecilnya Romawi dan begitu besarnya kita! Kekuatan
pasukan perang bukan berdasarkan jumlah pasukan, tapi karena pertolongan
Allah. Kita menjadi lemah kalau ditinggalkan Allah!” (At‐Thabari,
2/594). Mereka lantas saling mengingatkan sebuah firman Allah, “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al‐Baqarah : 249). |
Malamnya, tentera Islam bermunajat kepada Allah. Mereka berdoa mengharapkan hidup mulia atau mati syahid. Sebagian besar melakukan pembacaan dan perenungan surat al-Anfal yang banyak berisi tentang jihad, sehingga semakin bergemuruhlah semangat mujahidin dalam berjuang di jalan Allah untuk pertempuran esok hari. |
Pertempuran Perang Yarmuk pun meletus pada tahun13H atau 15 Ogos 363M. |
Hari
Pertama - Cabar mencabar dan pertempuran individu berlaku. Kemudian serangan
dari tentera Mahan dan berjaya ditepis oleh tentera Islam. Panglima Rom Gregorius yang mencabar Khalid masuk Islam dan syahid. |
Hari
Kedua - Sayap kiri dan kanan tentera Rom menyerang sayap kiri dan kanan
tentera Islam. Pasukan berkuda Khalid bantu sayap kiri di ketuai oleh Amru bin Al-Ash. Pasukan berkuda sayap kanan tentera berjaya menyekap serangan sayap kanan Rom. Pasukan berkuda Khalid serang pula bahagian tengah kanan tentera Rom. |
Hari
Ketiga - Sayap kiri dan bahagian tengah kiri menyerang tentera Islam. Pasukan berkuda Khalid membantu menyerang bahagian tengah kiri Rom dan tentera Rom berundur kembali. |
Hari
Keempat - Berlaku serangan habis-habisan disemua bahagian oleh tentera
Rom. Lebih 500 tentera Islam kehilangan mata dihujani panah, Hari Kehilangan Mata. |
Hari Kelima - Pihak Rom menawarkan gencatan senjata. |
Hari
Ke enam - Dianggap hari penentuan, Khalid membuat strategi menyerang dari
bertahan sebagaimana sebelumnya. Amru bin Al-Ash menyerang sayap kiri Rom diketuai oleh Qanateer dari depan dan pasukan berkuda dari sis kiri. Masa yang sama Pasukan berkuda Khalid menyerang tentera berkuda Qanateer sehingga gagal memberi sokongan tentera berjalan kakinya dan memaksanya berundur. Pasukan berkuda Qanateer berjaya dipisahkan dan melarikan diri ke Utara. Kemudian Amru dan Syurahbil menggempur bahagian tengah kiri dari sis kiri dan hadapan. Selepas Pasukan berkuda sayap kiri Rom hancur dan melarikan diri ke Utara, kemudian Khalid menggempur pula pasukan berkuda Rom bahagian tengah kiri yang diketuai oleh Mahan Raja Armenia dan akhirnya keseluruhan pasukan berkuda Rom terpecah dan melarikan diri termasuklah Mahan dan Jabalah. Tanpa bantuan pasukan berkuda, tentera pejalan kaki Rom mengalami kehancuran apabila diserang oleh tentera berkuda Khalid dari belakang, Amru dari kiri dan Syurahbil dari depan. Akhirnya tentera berjalan kaki Rom juga melarikan diri ke arah barat daya. Melihat pasukan sayap kiri dan tengah telah melarikan diri, pasukan sayap kanan juga melarikan diri arah ke barat. Tentera Rom yang berundur ke barat akhirnya dihalang oleh sungai dan jurang, Mereka yang berjaya menyeberangi sungai dan tebing pula telah diserang oleh tentera berkuda diketuai oleh Dhirar di Wadi ar Raqad yang telah menunggu mereka sejak malam sebelumnya. Akhirnya tentera Rom menyerah kalah dan ramai ditawan. |
Khalid mengejar saki-baki tentera Rom hingga ke Damsyik dan tentera Rom melarikan diri lebih ke utara hingga ke laut Mediterranean. |
Syam jatuh ketangan Islam. |
Korban kematian di pihak Rom sekitar antara 70,000 hingg 120,000 orang manakala 3,000 tentera Islam syahid termasuk Ikrimah bin Abu Jahal. |
Kemenangan di Yarmuk memberikan jalan kepada penaklukan Baitulmaqdis pada tahun berikutnya setelah mengepung 4 bulan, pada April 637M, Ketua paderi serah kunci Bailtumaqdis pada Saidina Umar. |