Mao Qiling adalah seorang sarjana ketika awal pemerintahan dinasti Qing.Mao Qiling terlibat dalam kerja-kerja kompilasi 'Sejarah Dinasti Ming' (Ming Shi).Kompilasi karyanya selepas kematian beliau disusun sebagai 'Xihe Heji/wenji' (Koleksi Karya Xihe).
Di dalam rekodnya 'Mansi Hezhi' iaitu 'rekod-rekod ketua kaum pribumi' beliau mencatatkan satu senario menarik;askar Melaka telah memusnahkan 90,000 balatentera Dai-Viet ketika kempen peperangan di Lanxang (Laos pada hari ini).
Dalam kempen perluasan kuasa Dai-Viet ketika itu,emperor Le
Thanh-tong telah mengerahkan sebanyak 1 juta tentera untuk mara ke arah timur Annam,menuju ke arah Sipsongpanna dengan tujuan menjarah Lanna dan Chiang Mai sekaligus.
Kelengkapan dan persenjataan Dai-Viet amat menggerunkan;mereka memiliki pakej artileri dan senjata api seperti terakol yang dibuat sendiri menggunakan teknologi China dan mendapat bekalan bahan mentah dari Yunnan.Wilayah-wilayah kecil di sekitarnya seperti wilayah Ai-Lao segera memberikan ufti kepada Dai-Viet tanda penyerahan sejurus sahaja berita balatentera Dai-Viet mara untuk berperang.
Untuk mencapai Chiang Mai,mereka harus melalui Lanxang.
Namun tidak semudah itu untuk terus berkonflik dengan Lanxang yang juga adalah kuasa tentera yang kuat ketika itu,terutama penggunaan gajah-gajah perang yang terlatih.
Peluang untuk mencipta alasan bagi berperang dengan Lanxang muncul dalam kes Gajah Putih,di mana permintaan Le Thanh-tong untuk meminta helaian rambut gajah putih (gajah putih adalah simbol keagungan raja menurut kepercayaan masyarakat Indochina) milik Raja Chakrapat dari Lanxang dibalas dengan kotak yang di dalamnya diisi kotoran gajah tersebut.Bagi Lanxang,permintaan Dai-Viet itu seperti menganggu dan menyibuk urusan mereka sementelah sebelum itu Dai-Viet meminta gajah itu sendiri dibawa ke Annam untuk tontonan rakyat Dai-Viet.
Akibatnya,emperor itu tersangat marah dan terhina dengan perlakuan biadap dari Lanxang lalu mengarahkan balatentera yang besar mara menuju ke arah Lanxang.
Sebelum itu,balatentera terawal telah mengalahkan Champa kira-kira 1471 Masehi,dan seterusnya mereka mara ke wilayah-wilayah orang Lao dan Tai.1479,seramai 180,000 askar Dai-Viet telah mara ke Muang Phuan dan ini menyebabkan Raja Chakrapat melarikan diri ke Vientiane (Muang Xien-khan).Tentera Dai-Viet menakluk Xiang-thong.Kemudian mereka mara ke barat lagi,menundukkan negeri Nan dan mengancam Sipsongpanna serta Lanna.Sebahagian tentera mara sehingga dekat ke kerajaan Ava di Burma.Ini menyebabkan Ava menghantar laporan kepada istana Ming,melaporkan kemaraan Dai-Viet.
Sekitar kejadian itu,terdapat laporan mengatakan bahawa Raja Ayutthaya,Borommatrailokkanat telah menghantar utusan ke Melaka.Ini dicatat dalam catatan para pengembara Portugis.
1480,Dai-Viet berjaya menundukkan Lanxang dan membunuh 20,000 penduduknya.Pada Jun 1482,Lanna melaporkan kepada kerajaan Ming di China bahawa mereka bersetuju membantu Lanxang mengusir Dai-Viet.
Mengapa tiba-tiba Lanna berkeyakinan untuk menentang Dai-Viet?Rahsianya ialah,mereka telah mendapat bantuan dari arah selatan.
Ini menyebabkan Dai-Viet mempersiapkan balatentera yang amat besar,kira-kira 1 juta askar dengan lebih 4000 pegawai tentera dan jeneral.Balatentera dikerah dalam 5 ketumbukan yang mara dari pelbagai arah.Askar-askar mereka dilengkapi 'arquebus' dengan teknologi yang ditiru dari China.
Dalam gegak gempita di tengah Indochina dengan balatentera Dai-Viet yang menakutkan itu,rupa-rupanya terdapat ketumbukan khas dari Melaka yang kemungkinan besar dibawa oleh Lanna bagi membantu menewaskan Dai-Viet.Askar-askar Melaka ini melalui jalan darat merentasi Ayuthaya.Sebenarnya,bukan semua adalah dari Melaka.Tentera Melaka dan jeneral-jeneral mereka menjadi ketua kempen,dengan memimpin ketumbukan askar dari Ayuthaya,Sukhotai dan wilayah-wilayah lain.Melaka bertugas sebagai perancang strategi dengan balatentera disokong oleh wilayah-wilayah Ayutthaya,Lanna dan Lanxang.
Dipendekkan cerita,laporan Mao Qiling mencatatkan sebanyak 90,000 tentera Dai-Viet (salah satu dari 5 ketumbukan tentera) telah bertemu dengan pasukan Melaka di Lanxang.Peperangan yang dasyat itu akhirnya menewaskan 30,000 askar di sebelah pihak Dai-Viet dan hanya 600 pegawai tentera yang hidup dari sejumlah 4000 orang dari kalangan mereka.
Salah satu sebab yang kuat mengapa Melaka menyertai peperangan ini,adalah untuk membalas dendam ke atas insiden penculikan kapal utusan mereka dalam perjalanan ke China.Mereka telah membunuh anak-anak kapal dan yang muda dijadikan sida-sida.Kemudian,ketika pertembungan kedua utusan Melaka dan Dai-Viet di depan maharaja Ming,utusan Dai-Viet dengan angkuhnya menyatakan bahawa "mereka telah menakluk kota-kota Champa dan kini ingin menjajah Melaka,dan Melaka sudah pasti tidak berani berperang dengan Dai-Viet".
Selepas peperangan,Raja Lanna,Trilokarat mendakwa Lanxang harus berterimakasih kepada Lanna dan perlu memberi setinggi penghargaan.Lanxang yang tidak berpuashati membalas bahawa kemenangan mereka adalah kerana anak raja Chakrapat yang mengusir askar Dai-Viet dari Muang Phuan.Perbalahan ini menenggelamkan kisah Melaka menewaskan 90,000 tentera Dai-Viet.Ini kerana selain ketumbukan Dai-Viet yang bertemu dengan Melaka,terdapat ketumbukan lain yang berperang dengan Lanna dan Lanxang.
Di dalam Sulalatus Salatin ada mencatatkan:
Maka Tun Telanai pun mesyuarat dengan Menteri Jana Putera; maka kata Tun Telanai, "Apa bicara kita disuruhnya melanggar pada tempat yang keras, orang kita hanya sedikit. " Maka sahut Menteri Jana Putera, "Marilah kita mengadap Paduka Bubunnya, bicara itu betalah berdatang sembah pada Paduka Bubunnya." Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun pergilah mengadap Paduka Bubunnya. Maka sembah Menteri Jana Putera, "Tuanku, akan adat kami, segala Islam, apabila sembahyang, mengadap ke matahari mati; jikalau ada kumia duli Pra Cau, biarlah patik-patik kepada ketumbukan yang lain. Perang mengadap ke matahari mati pemali. "
Maka titah Paduka Bubunnya, "Jika kamu tidak boleh perang mengadap matahari mati, ke matahari hiduplah pindah."
Kota di sebelah barat itu diyakini adalah negarakota Mon yang berada di bawah pengaruh Burma.
~Srikandi.
"Mauli of Mala People"