Tuesday, October 13, 2015

Perang Salib

Palestin yang merupakan tanah wakaf umat Islam, tanah para Nabi, kiblat pertama umat Islam, dan tanah tempat Isra Mi’raj direbut oleh umat Islam dari kerajaan Bizantium (Romawi Timur) pada masa kekhalifahan Umar bin Khaththab, tepatnya tahun 638 M. Perebutan wilayah ini juga atas undangan orang-orang Kristian Palestin yang lelah dengan penjajahan Bizantium dan mereka mendengar bahawa kekhalifahan Islam terkenal sangatlah adilnya. Sejak itu sampai abad ke-11 Palestin berada di wilayah kekuasaan Kekhalifahan Islam. Orang-orang Kristian di seluruh dunia bebas berziarah ke Palestin.
Sehingga awal kurun ke-8, Bani Umaiyyah dengan pantas menawan Afrika Utara, Mesir, Palestin, Syria, dan Sepanyol dari kekuasaan Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Semasa kurun ke-9, Reconquista mengambil potensi ideologi yang dianggap sebagai contoh pertama bagi usaha bersama orang Kristian untuk menawan kembali wilayah yang dilihat sebagai jatuh ke tangan orang Islam, sebagai sebahagian usaha perluasan kerajaan Kristian sepanjang Teluk Biscay. Kerajaan-kerajaan bangsa Sepanyol, gerombolan-gerombolan kesatria dan tentera upahan mula berkerah dari seluruh Eropah untuk menentang Bani Umaiyyah yang masih wujud di Cordoba.
Kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul akibat kejatuhan Bani Umaiyyah pada kurun ke-8, seperti Bani Aghlabiyah, memasuki Itali pada kurun ke-9. Kerajaan Bani Kalb yang muncul di kawasan tersebut tetapi menjadi lemah akibat pergolakan dalaman, menjadi mangsa bangsa Norman yang menakluki Sicily pada tahun 1091. Pisa, Genoa dan Aragon mula memerangi kerajaan-kerajaan Islam lain untuk merebut penguasaan ke atas Mediterranean, seperti yang ditunjukkan oleh Kempen Mahdia serta pertempuran-pertempuran di Mallorca dan Sardinia.
Idea sebuah perang suci menentang orang Islam nampaknya dapat diterima oleh kuasa-kuasa sekular dan keagamaan Eropahh Zaman Pertengahan, dan juga khalayak umum secara amnya, kerana beberapa alasan, seperti kejayaan-kejayaan ketenteraan oleh kerajaan-kerajaan Eropahh sepanjang Mediterranean. Di samping itu, wujud konsep politik Dunia Kristian yang sedang bangkit yang menyaksikan penyatuan kerajaan-kerajaan Kristian di bawah seliaan Pope buat kali pertama (dalam Zaman Pertengahan) dan pembentukan sebuah ketumbukan tentera Kristian untuk memerangi orang Islam. Akhir sekali, Baitulmuqaddis beserta dengan tanah-tanah di sekelilingnya termasuklah tempat-tempat Nabi Isa menjalani kehidupan baginda, adalah suci kepada orang-orang Islam dan Kristian.
Peperangan ini juga digelar dengan peperangan THE CRUSADE di dalam bahasa Inggeris. Crusade ialah nama yang diberi kepada pasukan tentera kristian yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan ini merampas kembali Al – Aqsa iaitu Baitul Maqdis yang telah dibuka oleh bala tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Al – Ass di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al – Khattab.
Ramai kesatria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropahh Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.



1.1 ) Perang Salib yang pertama pada tahun 1096 – 1099M
Perang melawan kaum Muslimin diumumkan secara rasmi pada tahun 1096 oleh Gereja Besar Rom. Paus mengirim surat ke semua raja di seluruh Eropah untuk ikut serta. Mereka dijanjikan kejayaan, kesejahteraan, emas, dan tanah di Palestin, serta syurga bagi para ksatria yang mahu berperang.
Paus juga meminta anggota Dewan Masyarakat Clermont di Perancis Selatan, yang terdiri daripada para paderi, bangsawan, ksatria, dan rakyat awam, untuk memberikan bantuan. Paus menyerukan agar bangsa Eropah yang bertikai segera bersatu padu untuk mengambil alih tanah suci Palestin. Hadirin menjawab dengan penuh semangat, “Tuhan menghendakinya!”
Dari pertemuan terbuka itu ditetapkan juga bahwa mereka akan pergi berperang dengan memakai salib di bahu dan baju. Dari sinilah bermula sebutan Perang Salib (Crusade). Paus sendiri menyatakan ekspedisi ini sebagai ‘Perang Demi Salib’ untuk merebut tanah suci.
Mobilisasi massa Paus menghasilkan sekitar 100.000 tentera siap bertempur. Anak-anak muda, bangsawan, petani, kaya dan miskin memenuhi panggilan Paus. Peter The Hermit dan Walter memimpin kaum miskin dan petani. Namun mereka dihancurkan oleh Pasukan Turki suku Seljuk di medan pertempuran Anatolia ketika perjalanan menuju Baitul Maqdis (Jerusalem).
Tentara Salib yang utama berasal dari Perancis, Jerman, dan Normandia (Perancis Selatan). Mereka dikomandani oleh Godfrey dan Raymond (dari Perancis), Bohemond dan Tancred (kedua-duanya orang Normandia), dan Robert Baldwin dari Flanders (Belgium). Pasukan ini berhasil menawan kaum Muslimin di medan perang Antakiyah (Syria) pada tanggal 3 Jun 1098.
Sepanjang perjalanan menuju Palestin, Tentara Salib membantai orang-orang Islam. Tentara Jerman juga membunuh orang-orang Yahudi. Rombongan besar ini akhirnya sampai di Baitul Maqdis pada tahun 1099. Mereka langsung melancarkan pengepungan, dan tak lupa melakukan pembantaian. Sekitar lima minggu kemudian, tepatnya 15 Julai 1099, mereka berhasil merebut Baitul Maqdis dari tangan kaum Muslimin. Kota ini akhirnya dijadikan ibukota Kerajaan Katolik yang terbentang dari Palestin hingga Antakiyah.

1.2 ) Perang Salib yang kedua pada tahun 1147 – 1149M
Pasukan salib berusaha merebut wilayah-wilayah di sepanjang pantai laut tengah, baik yang dikuasai muslim maupun bukan, seperti misalnya wilayah Athena, Korinthia dan beberapa pulau-pulau Yunani. Ini menunjukkan bahwa serangan salib sebenarnya tidak spesifik ditujukan hanya kepada ummat Islam, kerana memang kekufuran sebenarnya musuh seluruh manusia -hanya saja ummat Islam adalah penghalang terbesar bagi kekufuran itu.

1.3 ) Perang salib yang ketiga pada tahun 1189 – 1192M
Terjadi setelah Sholahuddin al Ayubi berhasil mempersatukan kembali wilayah-wilayah Islam di Mesir dan Syria. Pada 1171 Sholahuddin berhasil menyingkirkan kekuasaan Fathimiyah di Mesir yang merupakan separatisme dari Khilafah di Bagdad, dan mendirikan pemerintahan Ayubiah yang loyal kepada Khalifah. Pada 1187 al-Ayubi berhasil merebut kembali Jerusalem. Serangan salib ketiga ini dipimpin oleh tokoh-tokoh Eropahh yang paling terkenal: Friedrich I Barbarosa dari Jerman, Richard I Lionheart dari Inggris dan Phillip II dari Perancis. Namun di antara mereka ini sendiri terjadi perselisihan dan persaingan yang tidak sihat, sehingga Friedrich mati tenggelam, Richard tertawan (akhirnya dibebaskan setelah memberi tebusan yang mahal), sedang Phillip bergegas kembali ke Perancis untuk merebut Inggris justru selama Richard tertawan.


1.4 ) Perang Salib yang keempat pada tahun 1203 – 1204M
Terjadi ketika pasukan salib dari Eropah Barat ingin mendirikan kerajaan Norman (Eropah Barat) di atas puing-puing Yunani. Paus Innocentius III menyatakan pasukan salib telah murtad . Di Konstantinopel permintaan-permintaan tentera salib menimbulkan ketidakpuashatian rakyat, yang dibalas tentera salib dengan membakar kota itu serta mendudukkan raja latin serta paderi latin. Sebelumnya, raja dan paderi Konstantinopel selalu berasal dari bangsa yunani. Tahun 1212, ribuan pemuda Perancis diberangkatkan dengan kapal untuk bergabung dengan pasukan salib, namun oleh kapten kapal mereka justru dijual sebagai hamba ke Afrika Utara! Reputasi pasukan salib dan maruah keatasnya sudah semakin pudar.

1.5 ) Perang salib yang kelima pada tahun 1216 – 1221M
Orang-orang Kristian yang sudah bersatu kekuasaannya itu berusaha menaklukkan Mesir sebagai pintu masuk ke Pelestina tapi mereka gagal total.

1.6 ) Perang salib yang keenam pada tahun 1228 – 1229M
Dipimpin oleh raja Jerman Freidrich IIDia berhasil merebut kembali Jerusalem. Paus terpaksa mengakui dia sebagai raja Jerusalem. Sepuluh tahun kemudian Jerusalem berhasil direbut kembali oleh kaum muslimin.

1.7 ) Perang Salib yang ketujuh pada tahun 1248 – 1251M
Dua perang Salib terakhir iaitu ketujuh dan kelapan dipimpin oleh Raja Perancis Louis IX (1215-1270).
Tahun 1248 Louis menyerbu Mesir tapi gagal dan ia menjadi tawanan perang. Untuk kebebasannya ia harus menebus dengan emas yg sangat banyak. Louis mencuba lagi pada Perang Salib kelapan pada tahun 1270. Ia menyerang Tunisia tapi ia dikalahkan oleh Sultan Dinasti Mamaluk, Bibars, dan Louispun meninggal di Medan Perang.

Analisis Perang Salib

Al-Wakil menuliskan bahwa sebab-sebab yang mendorong orang-orang Kristian terjun ke medan salib yang berpanjangan bertahun-tshun lamanya ialah (Qs. Ali-Imran [3]: 165):

  1. Penyebab utama perang salib adalah kedengkian orang-orang Kristian kepada Islam dan umatnya. Ummat Islam berhasil menawan wilayah-wilayah strategik yang sebelumnya mereka kuasai (terutama di Timur Tengah). Mereka menunggu kesempatan yang tepat untuk meraih apa yang hilang daripada mereka, membalas dendam terhadap ummat yang mengalahkannya. Kesempatan itu datang ketika ummat Islam lemah dan kehilangan jati dirinya yang kuat. Para tokoh agamawan Kristian bangkit menyerukan pembersihan tanah-tanah suci di Palestin dari tangan-tangan kaum muslimin dan membangun gereja dan pemerintahan Eropah di dunia Timur. Perang mereka dinamakan perang salib kerana tentera-tentera Kristian menjadikan salib sebagai simbol obsesi suci mereka dan meletakkannya di pundak masing-masing.
  2. Perasaan keagamaan yang kuat. Orang-orang Kristian meyakini kekuatan gereja dan kemampuannya untuk menghapus dosa walau setinggi langit.
  3. Perlakuan in-toleran orang-orang Saljuk terhadap orang-orang Kristian dan para peziarah Kristian yang menuju Jerusalem. Orang-orang Saljuk adalah penguasa wilayah Turki yang relatif belum lama memeluk Islam dan belum begitu memahami syariat Islam dalam memperlakukan agama lain.
  4. Ambisi Sri Paus yang ingin menggabungkan gereja Timur (ortodoks) dengan gereja Katolik Roma. Paus ingin menjadikan dunia Kristian seluruhnya menjadi satu negara agama yang dipimpin langsung Sri Paus.
  5. Kegemaran tokoh-tokoh dan tentera Kristian untuk berpetualang ke negara lain dan mendirikan pemerintahan boneka di sana.

Bagi para pemimpin Kristian, kondisi waktu itu sangat tepat untuk memulai serangan ke dunia Islam, kerana:

  1. Ada kelemahan dinasti Saljuk, sehingga “front” terdepan dunia Islam terpecah belah.
  2. Tidak adanya orang kuat yang menyatukan perpecahan ummat Islam. Khilafah de facto terbagi sedikitnya menjadi tiga negara: Abbasiyah di Bagdad, Umayah di Cordoba dan Fathimiyah di Kairo.
  3. Beberapa kabilah pesisir telah masuk agama Kristian seperti Genoa dan Venezia, dan ini memuluskan jalan antara Eropah dan negara-negara Timur.
  4. Kemenangan Sri Paus atas raja sehingga Sri Paus memiliki kekuatan mengendalikan para raja dan gabernur di Eropah.