Monday, September 21, 2015

Tapak Sungai Batu dan Lembah Bujang

Pengkalan Bujang dan Sungai Mas semasa berlangsungnya era Sungai Batu iaitu 600 tahun sebelum masehi adalah masih di di bawah air. Iaitu masih menjadi laut. Waktu 600 tahun sebelum masehi itu, Sungai Batu yang ada sekarang ini adalah daratan yang paling hampir dengan laut dan menjadi pusat pelabuhan dan perdagangan bertaraf antarabangsa pada waktu tersebut,
Sungai Batu - Pandangan sisi atas bangunan ritual
Apa buktinya? Di Sungai Batu terdapat lebih dari 10 tinggalan binaan jeti yang cukup lengkap di kiri dan kanan aliran air yang dulunya dipanggil Sungai Kuno, Selain jeti, belasan gudang-gudang atau bangunan pentadbiran yang satu ketika dahulu menyokong pengurusan jeti, dan sebuah tapak monumen ritual yang menunjukkan masyarakat Kedah Tua mengamalkan agama yang lain dari agama purba yang pernah wujud sezaman dengan itu. Bukan itu sahaja, belasan tapak peleburan besi yang setiap tapak digunakan secara berterusan melebihi 300 tahun berturut-turut dan apabila dikumpulkan, keseluruhan tapak peleburan besi digunakan selama 2300 tahun lamanya tanpa henti.
Berbalik kepada candi-candi di Pengkalan Bujang. Candi-candi ini dibina pada kurun ke 7 masehi. Dan status binaan sangat kecil dan dicadangkan/ disimpulkan oleh para penyelidik dan sejarahawan pada masa ini adalah kegunaan ahli agama atau masyarakat minoriti. Perbandingan yang paling jelas adalah seperti sebuah surau.
Masyarakat Kedah Tua (sekitar Gunung Jerai sahaja) dianggarkan berpoopulasi seramai 25,000 orang.
Maka jelas di sini, sekiranya agama Hindu Buddha diamalkan, ianya dianuti oleh pedagang India dan mungkin segelintir masyarakat asal tetapi masih dikira minoriti, Jika semua menganut agama ini maka mengapa candi hanya ditemui di Lembah Bujang? Bukankah Lembah Bujang sebuah kawasan perdagangan? Mengapa tidak ditemui di tempat-tempat lain seperti Alor Setar, Baling, Kulim atau jauh sedikit di negeri-negeri lain di Malaysia?
Beza antara jarak monumen ritual adalah dibina pada kurun ke 2 masehi manakala candi-candi pada kurun ke 7 masehi.
Dan jika kita hubung kaitkan dengan Sungai Batu, setakat ini tidak terkait langsung dengan sebarang anutan Hindu Buddha pada 600 tahun sebelum masehi.
Maka yang wajar kita persoalkan siapakah masyarakat Kedah Tua?
Melalui senibina, bahan senibina maka diyakini masyarakat Kedah Tua adalah masyarakat asal iaitu Melayu.