Wednesday, December 23, 2015

10 Perkara Yang Semua Ibu Rahsiakan Dari Anak-anak

  
Ada isteri yang bunting pelamin. Ada pula yang setelah bertahun mengimpikan dan menunggu, akhirnya berpeluang menjadi seorang ibu. Tentu sekali menghadapi sembilan bulan yang panjang itu penuh dengan cabaran. Walaupun memenatkan, tetapi akhirnya dianugerahkan dengan anugerah yang tidak ternilai.
Untuk ibu-ibu di luar sana, dalam masa sembilan bulan, kebanyakan dari kita akan mempelajari segalanya berkenaan dengan menjadi seorang ibu. Masa inilah kita akan lebih memahami dan bersyukur pada seorang insan yang bergelar ibu.

Perkara yang semua ibu rahsiakan

Ini adalah 10  perkara yang kebanyakan ibu rahsiakan, malah tidak pernah memberitahu kita.

1. Dia menangis kerana kita

Kita menyebabkan dia selalu menangis. Dia menangis apabila mengetahui dia mengandung. Dia menangis ketika melahirkan kita. Dia menangis kegembiraan, malah menangis ketakutan. Dia menangis kerana risau. Dia dapat merasai penderitaan dan kegembiraan kita dan dia mahu berkongsi dengan kita.

2. Ibu selalu mendahulukan kita

Dia selalu mendahulukan kita. Dia tahu dia akan gembira jika kita gembira.

3. Dia sanggup tahan sakit demi anak-anak

Ia sangat menyakitkan apabila kita menarik rambutnya, apabila kita menggigitnya ketika minum susu. Kita menyebabkan lebam pada badannya ketika kita menendang di dalam perut, kita menyebabkan parut selepas bersalin.

4. Dia juga sebenarnya selalu ketakutan

Sejak kita lahir ke dunia, dia mencuba sedaya upaya melindungi kita. Dia nervous ketika pertama kali cuba susukan kita. Dia kerisauan ketika kita mula melangkah. Dia berjaga malam untuk memastikan kita pulang ke rumah dengan selamat dan dia bangun awal untuk menghantar kita ke sekolah. Dia juga bersengkang mata menjaga kita ketika sakit. Dia selalu menemani kita.

5. Dia tahu dia tidak sempurna

Dia mengakui yang dia tidak sempurna. Dia selalu bertegas dengan kita. Dia mahu kita menjadi ibu yang sempurna, tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi dia ialah manusia biasa dan dia juga melakukan kesilapan.
Dia selalu berharap, jika masa dapat diputar kembali, dia ingin mengubahnya, menjadi lebih baik tetapi dia tahu semua itu tidak mungkin berlaku. Jadi, berbuat baiklah padanya dan ketahuilah bahawa dia mencuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

6. Dia memerhatikan kita ketika kita tidur

Kadang-kadang, dia terjaga pukul 3 pagi dan berdoa agar kita dapat tidur lena. Dia mendodoi kita sehingga kita terlelap. Dia baring disebelah kita, meneliti wajah kita dan serta merta penatnya hilang. Dia tahu kepenatannya berbaloi setelah melihat wajah kita lena dibuai mimpi.

7. Dia akan ‘seret‘ kita ke mana-mana

Dia membawa kita kemana-mana sahaja dalam perut, selama sembilan bulan. Kita suka didukung olehnya, jadi, dia belajar membawa kita ketika mandi, ketika makan malah ketika tidur. Walaupun tangan dan pinggangnya sakit, tapi dia tetap mendukung kita kerana dia ingin selalu dekat dengan kita dan membuatkan kita rasa selamat.
Tidak sanggup tinggalkan anak, walaupun sementara. Hati dia sentiasa rasa gundah gulana.

8. Dia rasa sedih apabila kita menangis

Tiada irama yang lebih menyedihkan pada dia selain dari tangisan kita. Dan tiada  yang lebih meruntun jiwa dia dari melihat air mata jatuh ke pipi kita. Dia akan lakukan apa yang termampu untuk menghentikan tangisan kita. Namun, apabila dia gagal menghentikannya, dia merasakan dirinya gagal dan dia berasa teramat sedih.

9. Dia berkorban untuk kita, dahulukan anak-anak lebih penting

Dia tidak kisah tidak mandi, tidak makan malah, tidak tidur untuk kita. Dia akan menghabiskan harinya memenuhi keperluan kita sehingga tiada lagi tenaga untuk menguruskan diri sendiri.
Tetapi, keesokan harinya, dia akan mengulang rutin yang sama kerana dia sangat menyayangi kita.

10. Dia tidak pernah kenal erti penat & lelah

Dia akan terus melakukan rutin yang orang kata membosankan.
Menjadi seorang ibu adalah tugasan yang sangat berat. Ada terlalu banyak beban di bahu yang harus dipikul. Dalam diam, dia menangis dan selalu terluka semasa melakukannya akibat terlalu penat. Dia terus mencuba walaupun kadang-kala gagal. Dia terus mencuba cari kekuatan dan terus belajar.
Di sebalik semua kesakitan, kesedihan, bersengkang mata dan bangun awal pagi untuk menguruskan rumahtangga, dia tetap akan melakukannya lagi dan lagi. Jadi, apabila kita bertemu ibu kita, ucapkanlah terima kasih dan hargailah segala pengorbanannya.

Akhir kata

Perkara yang semua ibu rahsiakan

Perkara ini kita tidak perasan semasa belum berkahwin dan dapat anak. Tidak akan terasa semasa bujang, iaitu zaman rebellious dan selalu mahu betul. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedikit demi sedikit kita akan terasa sebenarnya, ibu kita adalah insan yang paling kuat di duni.
Terima kasih ibu.
Terima kasih mak.
Kerana menjaga dan mendidik kita semua dari kecil hingga dewasa. Sungguh, jasamu tidak terbalas dengan wang ringgit. Semoga kita semua dapat menyayangi ibu kita, sepertimana dia menyayangi kita.
Tidak kira samada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia, jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita selepas solat.
Bagaimana kisah anda dengan ibu anda?
sumber: the patriot

Wednesday, December 02, 2015

Vlad Dracula

Vlad Dracula
Nama asalnya Vlad Tepes (dibaca Tse-pesh). Dia lahir sekitar bulan Disember 1431 M di Kota Sighisoara, Transylvania, Romania. Ayahnya bernama Basarab (Vlad II), yang terkenal dengan sebutan Vlad Dracul, karena keanggotaannya dalam  Orde of Dragon. Dalam bahasa Romania, “Dracul” berarti naga. Sedangkan  “ulea” artinya “anak dari”. Dari gabungan kedua kata itu, Vlad Tepes dipanggil dengan nama Vlad Draculea ( dalam bahasa Inggeris disebut Dracula), yang berarti anak naga.

Ayah Dracula adalah seorang panglima tentera yang lebih sering berada di medan perang dari di rumah. Ibunya, Cneajna, seorang bangsawan dari kerajaan Moldavia.

Pada usia 11 tahun, Dracula bersama adiknya, Radu, dihantar ke Turki. Hal ini dilakukan untuk  jaminan kesetiaannya kepada kerajaan Turki Ustmaniah yang telah membantu ayahnya merebut tahta Wallachia dari tangan Janos Hunyadi. Selama di Turki, dua beradik ini diajar tentang Islam. Mereka bukan sahaja memeluk Islam, bahkan belajar di madrasah untuk belajar ilmu agama. Tidak seperti adiknya yang tekun belajar, Dracula selalu mencuri masa untuk melihat hukuman mati di jatuhkan. Begitu senangnya dia melihat kepala-kepala tanpa badan dipancang di hujung tombak. Sekiranya dalam sehari tidak ada hukuman mati, maka dia segera menangkap burung atau tikus, kemudian menyiksanya dengan tombak kecil sampai mati.

Dengan status muslimnya, Dracula mempunyai kesempatan belajar ketenteraan dari tentera Turki yang terkenal handal dalam berperang. Dalam waktu singkat dia dapat menguasai seni berperang Turki, bahkan melebihi tentera Turki lainnya. Hal ini menarik perhatian Sultan Mehmed II. Pada tahun 1448 M, bapanya telah dibunuh dan abangnya Mircea telah dibutakan dan ditanam hidup-hidup oleh pemberontak yang diketuai oleh Janos Hunyadi. Kerajaan Turki mengirim Dracula atas permohonanya untuk merebut kembali Wallachia dan menebus kematian bapa dan abangnya dari tangan salib Kerajaan Honggaria dengan 8000 orang tentera. Ketika itu Dracula berusia 17 tahun.

Dengan bantuan Turki, Dracula dapat merebut tahta Wallachia. Setelah itu,  sebagian besar pasukan kembali ke Turki dengan bakinya 3000 orang di Wallachia. Tanpa pernah diduga, Dracula murtad dan berkhianat. Dia menyatakan memisahkan diri dari Turki. Para tentera Turki yang berada di Wallachia ditangkap. Setelah beberapa hari dipenjara di ruang bawah tanah, mereka diarak telanjang bulat menuju tempat pembunuhan di pinggir kota. Di tempat ini seluruh baki tentera Turki dibunuh dengan cara disula dan dipancangkan di kawasan lapang.

Dua bulan kemudian Janos Hunyadi berhasil merebut tahta Wallachia dari tangan Dracula.  Namun pada tahun 1456 hingga 1462 Dracula kembali berkuasa di Wallachia. Masa pemerintahannya kali ini adalah masa-masa yang sangat mengerikan. Yang menjadi korban kekejamannya bukan hanya umat Islam yang tinggal di Wallachia, tapi juga para tuan tanah dan rakyat Wallachia yang beragama Khatolik.

Dracula mengesaki kematian bapa dan abangnya disebabkan bantuan orang dalam dari golongan bangsawan, bagaimanapun dia tidak mengetahui pembelot tersebut. Pada tahun 1459, Dracula menjemput semua para bangsawan dan tuan tanah beserta keluarganya seramai 500 orang di salah satu rumahnya dalam sebuah jamuan makan. Setelah semuanya selesai makan, dia memerintahkan semua orang yang ada ditempat itu disula hingga mati.

Aksi Dracula terhadap umat Islam di Wallachia jauh lebih kejam lagi. Selama masa kekuasaannya, tak kurang dari 300 ribu umat Islam dibunuhnya, antaranya:

Pembunuhan terhadap tentera Turki di ibu kota Wallachia, Tirgoviste. Ini terjadi pada awal kedatangannya di sana, setelah mengumumkan perlawanannya terhadap Turki.

Pada 1456, Dracula membakar hidup-hidup 400 pemuda Turki yang sedang menimba ilmu pengetahuan  di Wallachia. Mereka ditangkap dan ditelanjangkan,  lalu diarak keliling kota yang akhirnya masukkan ke dalam sebuah tempat. Tempat tersebut lalu dibakar dengan ratusan pemuda Turki di dalamnya.

Aksi ganas lainnya, adalah pembakaran para petani dan fakir miskin Muslim Wallachia pada acara penobatan kekuasaannya. Para petani dan fakir miskin ini dikumpulkan dalam jamuan makan malam di salah satu ruangan istana. Tanpa sadar mereka dikunci dari luar, kemudian ruangan itu dibakar.

Dendam Dracula terhadap Turki dan Islam semakin menjadi. Untuk menyambut hari peringatan St. Bartholome, 1459, dia memerintahkan pasukannya untuk menangkap para pedagang Turki yang ada di Wallachia. Dalam waktu sebulan terkumpullah 30 ribu pedagang Turki beserta keluarganya. Para pedagang yang ditawan ditelanjang lalu digiring menuju tempat penyulaan. Lalu mereka disula satu persatu.

Aksi kejam lainnya adalah dengan menyebar virus penyakit mematikan ke wilayah-wilayah yang didiami kaum Muslimin. Dia juga memerintahkan pasukannya meracuni Sungai Danube. Ini adalah taktik Dracula untuk membunuh pasukan Turki yang membuat kubu pertahanan di selatan Sungai Danube.

Pada 1462 M, Sultan Turki, Muhammad II mengirim 60 ribu pasukan untuk menangkap Dracula hidup atau mati. Pemimpin pasukan adalah Radu, adik kandung Dracula. Mengetahui rencana serangan ini, Dracula menyiapkan aksi terkejamnya untuk menyambut pasukan Turki.

Sebelum sampainya tentera Turki, dia memerintahkan pasukannya untuk memburu seluruh umat Islam yang berada di wilayahnya. Terkumpullah 20 ribu umat Islam yang terdiri dari pasukan Turki yang tertawan, para petani, dan rakyat lainnya. Selama empat hari mereka digiring dengan telanjang bulat dari Tirgoviste menuju tepi Sungai Danube. Dua hari sebelum pertempuran, para tawanan disula secara di sebuah tanah lapang. Mayat-mayat tersula tersebut kemudian diseret menuju tepi sungai. Lalu dipancang di kiri dan kanan jalan, sejauh 10 km untuk menyambut pasukan Turki.

Diasak tentera Othmaniah, Dracula melarikan diri dari Tirgoviste hingga ke Kota Poenari. Pasukan Turki yang dipimpin Radu berhasil mengepung Kota Poenari. Isteri Dracula membunuh diri dengan terjun dari salah satu menara kota. Sedangkan Dracula melarikan diri ke Honggaria melalui  lorong rahsia. Hingga tahun 1475 M Wallachia dikuasai oleh Kerajaan Turki, sebelum akhirnya direbut kembali oleh Dracula yang disokong pasukan salib dari Transylvania dan Moldavia.

Dracula tewas dalam pertempuran melawan pasukan Turki pimpinan Sultan Muhammad II  di tepi Danau Snagov, pada Disember 1476.  Kepala Dracula dipenggal, kemudian dibawa ke Konstantinopel untuk dipertunjukkan kepada rakyat Turki.  Sedang badannya dikuburkan di Biara Snagov oleh para biarawan.