Monday, September 21, 2015

Tapak Sungai Batu dan Lembah Bujang

Pengkalan Bujang dan Sungai Mas semasa berlangsungnya era Sungai Batu iaitu 600 tahun sebelum masehi adalah masih di di bawah air. Iaitu masih menjadi laut. Waktu 600 tahun sebelum masehi itu, Sungai Batu yang ada sekarang ini adalah daratan yang paling hampir dengan laut dan menjadi pusat pelabuhan dan perdagangan bertaraf antarabangsa pada waktu tersebut,
Sungai Batu - Pandangan sisi atas bangunan ritual
Apa buktinya? Di Sungai Batu terdapat lebih dari 10 tinggalan binaan jeti yang cukup lengkap di kiri dan kanan aliran air yang dulunya dipanggil Sungai Kuno, Selain jeti, belasan gudang-gudang atau bangunan pentadbiran yang satu ketika dahulu menyokong pengurusan jeti, dan sebuah tapak monumen ritual yang menunjukkan masyarakat Kedah Tua mengamalkan agama yang lain dari agama purba yang pernah wujud sezaman dengan itu. Bukan itu sahaja, belasan tapak peleburan besi yang setiap tapak digunakan secara berterusan melebihi 300 tahun berturut-turut dan apabila dikumpulkan, keseluruhan tapak peleburan besi digunakan selama 2300 tahun lamanya tanpa henti.
Berbalik kepada candi-candi di Pengkalan Bujang. Candi-candi ini dibina pada kurun ke 7 masehi. Dan status binaan sangat kecil dan dicadangkan/ disimpulkan oleh para penyelidik dan sejarahawan pada masa ini adalah kegunaan ahli agama atau masyarakat minoriti. Perbandingan yang paling jelas adalah seperti sebuah surau.
Masyarakat Kedah Tua (sekitar Gunung Jerai sahaja) dianggarkan berpoopulasi seramai 25,000 orang.
Maka jelas di sini, sekiranya agama Hindu Buddha diamalkan, ianya dianuti oleh pedagang India dan mungkin segelintir masyarakat asal tetapi masih dikira minoriti, Jika semua menganut agama ini maka mengapa candi hanya ditemui di Lembah Bujang? Bukankah Lembah Bujang sebuah kawasan perdagangan? Mengapa tidak ditemui di tempat-tempat lain seperti Alor Setar, Baling, Kulim atau jauh sedikit di negeri-negeri lain di Malaysia?
Beza antara jarak monumen ritual adalah dibina pada kurun ke 2 masehi manakala candi-candi pada kurun ke 7 masehi.
Dan jika kita hubung kaitkan dengan Sungai Batu, setakat ini tidak terkait langsung dengan sebarang anutan Hindu Buddha pada 600 tahun sebelum masehi.
Maka yang wajar kita persoalkan siapakah masyarakat Kedah Tua?
Melalui senibina, bahan senibina maka diyakini masyarakat Kedah Tua adalah masyarakat asal iaitu Melayu.

Usia Tamadun Sungai Batu



Tapak Sg Batu ditarikhkan wujud pada 487 tahun sebelum masehi.Lebih awal dari tamadun Maya,Angkor Watt,Borobuddur dan Kesultanan Melayu Melaka.

Misteri Negara Mo-Luo-Yu

Pada akhir abad ke-7 Masehi,seorang sami dan pengembara dari China telah mencatatkan sesuatu di dalam diarinya,yang menceritakan perjalanan 25 tahunnya ke negeri-negeri selatan dalam pengembaraannya menuju ke India,dan kembali ke China.
Ketika itu adalah pemerintahan Maharani Wu Zetian dari Dinasti Tang.Perkataan yang aneh itu; yang dicatatkan di dalam diarinya,ialah sebuah tempat sebelum beliau meneruskan perjalanan ke utara dan berlayar  ke arah India dari pelabuhan Kedah Tua.
Perkataan yang aneh itu adalah 末羅瑜國  yang bermaksud: Negara Mo-Luo-Yu.

 .
Yi Jing adalah seorang sami Buddha dan pengembara yang hidup pada abad ke-7 Masehi.Beliau terkenal kerana catatannya iaitu Rekod Amalan Agama Buddha Sekembali Dari Lautan Selatan atau Nanhai Jigui Neifa Zhuan.
Sebelum sampai ke India,Yi Jing telah singgah ke Srivijaya pada tahun 671 Masehi dan mempelajari bahasa Sanskrit dan Melayu.
Yi Jing mempelajari bahasa Melayu sebab di sana,sebahagian manuskrip-manuskrip terkenal Buddha adalah dalam bahasa Melayu dan biksu ini terpaksa belajar bahasa Melayu untuk menterjemah kembali ke bahasa Cina.
Dalam catatannya,Yi  Jing menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha (seakan jilid) ditulis dalam ‘bahasa Sriwijaya’ (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.
Raja Melayu Srivijaya melayan baik biksu Cina ini dengan diberikan makanan dan tempat tinggal yang selesa.Yi Jing tinggal di sana selama 6 bulan.Kemudian raja ini mengirimkan Yi Jing ke sebuah tempat yang bernama 末羅瑜國 yang mengambil masa 15 hari pelayaran dan tinggal di sana selama dua bulan.Kemudian,beliau berlayar ke Kedah,juga mengambil masa 15 hari pelayaran.Dari Kedah beliau meneruskan perjalanan ke India.
Persoalannya, dimanakah 末羅瑜國  atau ‘Negara Mo-Lo-Yu’ itu?
Saya akan jelaskan misteri ini sebentar lagi bahkan akan menjelaskan juga lokasi ‘Srivijaya’ yang sebenar ketika Yi Jing sampai disana.
.
.
.

“Mo-Lo-Yu”

yijingroute2


Dalam catatannya,Yi Jing menuliskan:

“Ketika angin timur laut mulai bertiup, kami berlayar meninggalkan Kanton menuju selatan. Setelah lebih kurang dua puluh hari berlayar, kami sampai di negeri Srivijaya. Di sana saya berdiam selama enam bulan untuk belajar Sabdawidya. Baginda raja sangat baik kepada saya. Dia menolong mengirimkan saya ke negeri Malayu,selepas 15 hari berlayar, di mana saya singgah selama dua bulan. Kemudian saya kembali menukar arah,menuju ke (Ka Cha (Kedah),selepas 15 hari sampai di sana,kemudian berlayar dari Kedah menuju utara lebih dari sepuluh hari, kami sampai di Kepulauan Orang Telanjang (Nikobar) …. Dari sini berlayar ke arah barat laut selama setengah bulan, lalu kami sampai di Tamralipti (pantai timur India).

(Nanhai Jigui Neifa Zhuan)

Dari Kanton,Yi Jing berlayar menuju ke ‘Srivijaya’.Tinggal di sana 6 bulan.Dari Srivijaya menuju ke ‘Moloyu’ ambil masa 15 hari pelayaran.Tinggal di Moloyu 2 bulan kemudian menukar arah,berlayar 15 hari lagi menuju ke Kedah.
Dalam peta di atas saya meletakkan semua petunjuk.Terdapat dua ‘Srivijaya’ yakni Srivijaya di kawasan sekitar Patani-Kelantan atau kerajaan Tanah Merah (Chih-Tu) dalam catatan China,di mana dalam riwayat Kelantan ia digelar sebagai Sriwijayamala atau Medang Ghana yang berlambangkan wau bulan.
Satu lagi ialah Srivijaya-Palembang yang merupakan teori popular.

Sekarang kita siasat di manakah 末羅瑜國 (Mo-Lu-Yu Guo) berdasarkan catatan perjalanan Yi Jing.


Kedudukan Mo-Lo-Yu


Pandangan yang popular setakat ini mengatakan bahawa 末羅瑜國  merujuk kepada Jambi.Namun,jika Srivijaya itu di Palembang,maka ini tidak mungkin kerana jarak Palembang dengan Jambi terlampau dekat.
Yi Jing mengambil masa 15 hari berlayar dari ‘Srivijaya’ ke ‘Moloyu’ kemudian mengambil tempoh yang sama berlayar dari Moloyu ke Ka Cha (Kedah).
Jika Moloyu itu adalah Jambi,maka pelayaran mesti kurang dari 15hari kerana faktor jarak yang dekat.
Jadi untuk mendekati logik jarak yang lebih sesuai,末羅瑜國  itu sebenarnya terletak di hujung semenanjung,tepatnya di sekitar Johor.Yi Jing telah sampai di pelabuhannya di Selat Tebrau.


Adakah Srivijaya benar-benar berada di Palembang?
yijingroute2
——————————————————————————————-
Bahagian ini boleh dibaca di SINI: LOKASI RAHSIA IBUKOTA SRIVIJAYA
——————————————————————————————-



Mengapa Moloyu terletak di Johor?

sungaimelayu1

.
Gambar di atas adalah kedudukan sebuah sungai di Johor,tepatnya di muara Selat Tebrau.Menariknya,nama sungai tersebut adalah Sungai Melayu.


sungaimelayu2

Berdekatan dengan sungai tersebut,terdapat perkampungan yang dinamakan Kampung Sungai Melayu.Menarikkan?
Apabila kita tahu ada entiti bernama ‘Melayu’ di hujung Johor,perasan tak apa yang Ptolemy namakan di hujung Aurea Chesonese dalam petanya:

Ptolemy_Asia_malayukolon

Kebetulan?
:)
I don’t think so.


.
.
.
KESIMPULAN

YiJingMap2
Peta perjalanan Yi Jing

Daripada perbicangan di atas,kita boleh simpulkan beberapa perkara:

1) Perjalanan dari Srivijaya ke Moloyu dan dari Moloyu ke Kedah masing-masing 15 hari pelayaran.
2) Moloyu terletak di tengah-tengah pelayaran dari Srivijaya ke Kedah
3) Berdasarkan geografi,Moloyu lebih logik terletak di hujung semenanjung dan Jambi bukanlah ‘Moloyu’ kerana jaraknya yang terlampau dekat dengan Palembang.
4) Yi Jing mencatatkan bahawa ketika di Moloyu,beliau menukar arah (転向),jadi jika Moloyu di Jambi dan dari Palembang,maka ini tidak mungkin kerana ia mengambil perjalanan pada satu garis lurus.
5) Sehingga ke hari ini,terdapat apa dinamakan ‘Sungai Melayu’ di selatan Johor berhadapan Selat Tebrau dan terdapat juga perkampungan bernama Kampung Sungai Melayu.
6) Di hujung petanya dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις (Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis),Ptolemy mencatatkan nama Μαλεου Κώλον yang bermaksud “bahagian dari Malayu” (Meleu-Kolon).
7) Jika sumber Yi Jing menyebut Mo-Lo-Yu Guo yang bermaksud “Negara Melayu” maka ini cross-reference dengan sumber Greek yang menyebutkan Meleu-Kolon yang bermaksud “Wilayah Melayu”.

Selain Yi Jing,terdapat sami Buddha dari China yang bernama Xuanzang juga mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu (木剌由) di pertengahan perjalanannya ke India.Semua ini hanyalah menjelaskan lagi Misteri Μαλεου Κώλον Dalam Γεωγραφικὴ Ὑφήγησις berdasarkan perkataan dengan maksud yang sama,iaitu 末羅瑜國  di dalam 南海寄归内法传 karya Yi Jing itu.

sumber : http://historianlodge.historiansecret.com/?p=816

Tuesday, September 15, 2015

Qala’i: “The Sword of Last Prophet”

Di dalam Istana Topkapi di Turki,terdapat sebilah pedang milik Rasulullah s.a.w. Ia adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu. Ianya pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dan pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat. Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’. Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi,ahli geografi Arab era Abbasiah dalam karyanya al-Rujjar (Nuzhat al-mushtāq fi’khtirāq al-āfāq) dan Abu Dulaf,pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.

Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah? Mengapa dalam banyak-banyak pedang,pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi s.a.w? Lantas Nabi s.a.w memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu? Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi.Saya tidak terkejut,kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.

Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi

Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Siapa yang menanamnya?
Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!

Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’

“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”   - Abu Dulaf 940 Masehi

"..when a sword is made from Qala'i and tempered in Yemen,beware it!.. (al-Jahiz)

sumber : http://historianlodge.historiansecret.com

Asal-usul Melayu Dari Kajian Mitochondrial DNA

Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut,Jun-Hun Loo,Catherine Hill,Maru Mormina,Chien-Liang Lee,Yao-Ming Chen,Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam  mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.

Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.

Apa yang menariknya,dalam kajian yang 'real' ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.

Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.

Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?

Perlu diingat,kajian mtDNA ini bukan kajian universiti-universiti tempat yang beranking rendah dalam arena akademik dunia.Kajian yang mengungkai misteri kewujudan orang Melayu dengan premis bahawa Melayu adalah pribumi sebenar Asia Tenggara bersama-sama suku-suku serumpun yang lain adalah hasil kajian universiti-universiti terunggul dunia.

Bukan universiti kampung atau cap ayam.

Dalam pada itu,Martin Richards, Profesor Pertama fakulti Archaeogenetics di Leeds University, yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam pelbagai disiplin dalam projek penyelidikan terbabit,berkata: "Saya rasa keputusankajian akan menjadi satu kejutan besar bagi ramai ahli-ahli arkeologi dan ahli bahasa, di mana kajian teori migrasikonvensional berdasarkan dari kajian dua bidang ini. Pengembangan populasi ini sepertinya tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan pertanian, tetapi kemungkinan besar telah didorong oleh perubahan iklim, pemanasan globalkhususnya dan aras laut yang dihasilkan meningkat pada akhir Zaman Ais antara 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. "

sumber : http://historianlodge.historiansecret.com

Misteri ‘Maleu-kolon’ hujung Aurea Chersonese

Sekitar tahun 150 Masehi,di Alexandria,Mesir…seorang ahli katografi,ahli astronomi,ahli astrologi dan matematik yang bernama Claudius Ptolemy telah mencatatkan sesuatu di dalam karyanya,Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis ketika pentadbiran Lucius Munacius Felix.

Perkataan tersebut adalah Μαλεου Κώλον yang bermaksud ‘bahagian dari Malayu’.

 Claudius Ptolemy adalah penduduk Mesir,tepatnya di Alexandria (Iskandariah) ketika pemerintahan Rom.Beliau adalah seorang ahli katografi,ahli astronomi,ahli astrologi dan matematik yang telah mengeluarkan karya-karya seperti Mathēmatikē Syntaxis (almagest) dalam bidang astronomi,Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis dalam bidang kartografi dan geografi danApotelesmatika dalam bidang astrologi.
Apa yang ingin difokuskan di sini adalah karyanya Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang memiliki misteri tersembunyi sekaligus menjelaskan bukti yang ampuh tentang kewujudan nama ‘Melayu’ dalam peta-peta purba zaman Greco-Roman.
Sebelum ini kita tahu bahawa di dalam Vayu Purana,iaitu kitab yang mengandungi 24,000 puisi (hyms) kepada dewa Vayu yang ditulis sekitar tahun 350 Masehi kononnya ada menyebut tentang ‘Malayadvipa’ yang kaya dengan emas.Jika benar sumber ini merujuk kepada Kepulauan Melayu,maka sumber dari Ptolemy adalah lebih tua dari sumber India ini.
Hipotesis lapuk,mengatakan kononnya nama ‘Melayu’ adalah berasal dari kata Sanskrit ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’.Namun,bagaimana Ptolemy tidak menulis sebagai ‘Malaya’ namun jelas sebagai ‘Malayu’?
Saya akan tunjukkan dengan lebih terperinci bahagian yang misteri ini.
.
.
‘Maleu-kolon’
Ptolemy_Asia_malayukolon
.
Jika anda melihat peta Ptolemy dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis pada bahagian Asia Tenggara,cuba perhatikan pada tanjung yang tertulis Aurea Chersonese.Kemudian pergi ke hujung tanjung itu dan anda akan menjumpai perkataan ‘Meleu-kolon’ yang diterjemah dari teks asal ‘Μαλεου Κώλον’ dalam tulisan Greek Purba.

Perkataan Μαλεου jika diterjemah secara harafiah adalah menjadi ‘Malayu’ dan ini diakui oleh G.E Gerini,yang telah mengkaji peta-peta Ptolemy sekitar Asia Tenggara,dengan menterjemah perkataan ‘Μαλεου Κώλον’ sebagai ‘Malayu-Kulon’.Namun Gerini membuat kesilapan yang memalukan apabila mendakwa perkataan kedua,yakni ‘Kolon’ sebagai berasal dari kata Sanskrit ‘kurram’ atau ‘kolam’ dan tidak semena-mena menukar kata ‘Malayu’ tadi menjadi ‘Malaya’ apabila menggabungkan kedua perkataan menjadi ‘Malayakurram’ atau ‘Malayakolam’.Kemudian beliau menambahkan kekeliruan apabila mendakwa ia adalah merujuk kepada sebuah tempat di utara pantai semenanjung Malaysia yang bernama Tanjung Kuantan.Anda tidak akan menemui tempat bernama Tanjung Kuantan di Kedah,Kelantan atau Perlis.Kuantan sendiri,katakan beliau merujuk kepadanya,adalah ibunegeri Pahang kini,sebuah tempat di sebelah pantai timur dan ia bukan sebuah tanjung.Pendapat ini menunjukkan hipotesis Gerini menjadi tidak konsisten,merepek-repek dan aneh.
Sebenarnya,perkataan Κώλον memang terdapat dalam kosakata Greek Purba dan muncul dalam dialek Greek Purba yang disebut Attic Greek seawal 500 tahun sebelum Masehi.Kemudian ia muncul dalam teks-teks era abad pertama Masehi pada zaman pendudukan Rom di Mesir Purba,ketika era Cleopatra,Octavian dan era Aegyptus.Kemudian muncul sekitar abad ke-4 dalam dialek Koine Greek terutama sekitar Alexandria.
Kemudian tercatat pada abad ke-10 Masehi dalam bahasa yang digunakan ketika era Byzantin dan seterusnya di Constatinople pada abad ke-15.
.
.
Apakah Makna Κώλον?
.
meleucolonsmall
.
Etimologi untuk Κώλον atau Kolon adalah variasi dari maksud induknya iaitu ‘bahagian dari’.Ia digunakan seperti bahagian dari tubuh badan (jantung,usus,limpa) atau organisasi (ahli) atau bangunan (dinding,tingkap).Malah,dari perkataan colon yakni usus besar dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan Κώλον ini yang membawa maksud ‘sebahagian dari anggota badan’ dalam kes ini adalah organ usus besar.
Dalam kes Μαλεου Κώλον pula,ia menjadi ‘Malayu-kolon’ yang membawa erti ‘bahagian dari Malayu’.Dalam konteks geografi,ia membawa maksud sebagai ‘Tanah Malayu’,’Semenanjung Malayu’ atau ‘wilayah Malayu’.
.
.
Bagaimana dengan Aurea Chesonese?
.
chersonese
.
Aurea Chesonese lebih merujuk kepada selatan Indochina atau Lower Indochina,Segenting Kra dan semenanjung Malaysia.Ini terbukti apabila legenda Suvarnabhumi dikongsi oleh tradisi Mon,Thai,Burma dan Melayu.Namun untuk semenanjung Malaysia,Ptolemy jelas mencatatkan sebagai Malayu-kolon atau ‘bahagian dari Malayu’ di hujung Aurea Chersonese itu.
.
.
Bonus: Senarai nama-nama tempat di Asia Tenggara mengikut peta Ptolemy (Sebahagian nama tempat di semenanjung Malaysia dan Indochina adalah begitu mengejutkan!)
————————————————————————————————-
Para pembaca Inner Circle sila AKSES DI SINI
————————————————————————————————-
.
.

.
KESIMPULAN

ptolemytenggarasmall
.
.
Ptolemy tidak menggunakan perkataan ‘Malaya’ bermakna ia bukan dari Sanskrit.Ptolemy jelas mencatatkan sebagai ‘Malayu’ dan ia memang nama purba orang-orang Melayu (‘Melayu’ adalah slang era Kesultanan Melaka dan Johor-Riau) sebagamana tercatat dalam sumber-sumber Khmer seperti di dalam Prasasti Hanchey yang diukir pada abad ke-6 Masehi di Kemboja.Ini menunjukkan ‘Malayu’ merupakan perkataan tersendiri dan bukan dari mana-mana.Malah,kemungkinan besar sumber Sanskrit dipengaruhi sumber-sumber awal yang berpunca dari nama ‘Malayu’ dengan pentarikhan Vayu Purana yang lewat 200 tahun selepas peta-peta Ptolemy itu.
Definisi ‘Κώλον’ pula menunjukkan peta-peta Greaco-Roman mengesahkan kewujudan Tanah Melayu pada masa silam,merujuk kepada semenanjung Malaysia.
Jika pada tahun 150 Masehi telah ada catatan tentang ‘Tanah Melayu’ atau ‘wilayah Melayu’ maka sudah tentu entiti bernama Melayu telah wujud lebih lama sebelum Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis dikarang.Ptolemy juga sebenarnya merakamkan kartografinya di dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis berdasarkan peta-peta purba yang lebih lama wujud,juga dari sumber-sumber pelayaran dan ahli kartografi yang lain.Seperkara yang menarik,di dalam karyanya Ptolemy itu juga mencatatkan ‘jung’ (tanjung) seperti ‘Jung Salang’ (Junkceylon) yang bermaksud ‘Tanjung Salang’ yang kemudiannya menjadi ‘Bukit’ dan kini disebut Phuket oleh orang Thai,dimana ia menjadi sebahagian dari Thailand pada hari ini.
Ini menunjukkan,para pelayar yang mencatatkan nama-nama tempat itu berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang sudah pasti orang-orang Melayu yang berbahasa Melayu dan mereka juga yang menegaskan kepada para pelayar itu bahawa tanah semenanjung yang diduduki oleh mereka itu adalah ‘tanah orang-orang Melayu’ atau Malayu-kolon (Μαλεου Κώλον).
Selain dari bukti mtDNA,kewujudan orang-orang Melayu dan tanahair mereka juga dapat dibuktikan melalui sejarah kartografi.Usaha pihak-pihak tertentu untuk bermatian membuktikan orang Melayu sebagai pendatang sebenarnya berpijak kepada tahyul dan tidak saintifik.Adalah lebih mudah untuk mencari tarikh kedatangan para pendatang dari membuktikan pribumi (indigenous/native) itu sebagai sebagai pendatang,semata-mata untuk merampas tanahair mereka.

sumber : http://historianlodge.historiansecret.com